Friday, October 30, 2015

New chapter.

Senyum sorang2 bila baca balik post2 lama. Zaman muda2. Zaman jahiliyah. Zaman mula nak berubah. Dan zaman dah berubah?

Takde lah banyak sangat pun tulis, tapi tak teringat langsung aku pernah tulis benda2 camtu dulu. Haa tak pelik pun untuk budak introvert yang simpan semua benda sorang2 ni, tulis macam2 kan. Sebab tak reti cerita kat orang, so merepek la bagai2 dekat blog.

Sekarang dah tak dah. Mungkin taklah extrovert, tapi better lah. Mungkin aku paling banyak membebel n initiate conversation sekarang ni. Yelah daie mana yang nak harapkan orang datang pada dia je kan?

Dah besar dah aku ni :')

Alhamdulillah, sungguh tak sia-sia jauh merantau ke india dulu. Yang mungkin je pada permulaannya, nampak susah. Banyak je benda tak best. Mula2 je lah. Dan sungguh, yang membuatkan aku mencintai bumi Maududi tu, bila mana di situ tempat aku kembali pada Allah. Menjadi manusia yang bukan hanya berfikir tentang diri sendiri dan dunia.

Kalau dulu, study dengan family benda paling besar yang aku boleh fikir. Tapi sekarang, banyaaak sangat. segalanya tentang Allah dan Islam. Dan ummah. *Peace.

Hello, tak skema okay bila kau jadik baik. Dulu aku pun rasa macam tu. Scary sangat nak dekat dengan makhluk2 alim tu.

1. "Bosan gila tudung labuh tak cakap dengan laki."

2. "Semua benda tak boleh buat. im young n im free! Suka hati lah nak buat apa masa muda ni. YOLO bro, YOLOOO. Kau nak menyesal ke tua nanti tak cuba benda best2 masa muda?"

3. "Tak bosan ke duduk dalam rumah je tak keluar. Tak join aktiviti luar, tak boleh climbing hiking. Apa punya life yang kau choose ni?"

4. "Asyik pergi usrah je. Bila kau belajar? Patutlah result teruk?"

Hahah. Masa tu narrowminded gila. Nampak dari luar, terus judge macam tu.

Nah nak jawab untuk diri sendiri.

1. Tak bosan okay tak cakap dengan lelaki. Tu, mujahadah aku yg agak besar la mula2 dulu, Weh dulu tiap hari tiap saat mesej bagai. Study group dengan laki. Outdoor dengan laki. Semua benda tak pernah takde lelaki. Tapi circle or friends aku sekarang semua perempuan. Yelah ada je kawan satu kelas bagai tu, tapi serius tak cakap kalau takda benda penting. N aku rasa, ni lah hasil apa yg Rasulullah buat dulu. Untuk meninggikan martabat wanita, tak dipijak dihina, dianggap pelayan nafsu semata. Rasa mulia. Rasa dihormati bila kawan2 lelaki kau semua tunduk pandangan bila jalan sebelah kau. Bila, dorang prefer orang lain untuk bertanya apa2, bukan kau. Bila ada orang tanya, tapi dia tanya through murabbi. Eh. Berangan lol

Pedulik lah weyy, tak famous kat dunia, janji famous di langit sana! :D

2. Semua benda tak boleh buat? Salah tuu. Bukan semua pun. Cuma benda2 yang Allah tak suka tu, kita tinggalkan lah. Tak susah pun, ganti dengan benda lain. Tak boleh tengok movie dekat cinema, pasang LCD kat rumah. Lagi best boleh golek2 sambil makan popcorn. Boleh siap makan nasik berlauk dan berulam lagi bila tengok movie dekat rumah. Movie pun yang berpengajaran, dan paling best bila share ibrah sama2. Kalau tak join tarbiyah, tau jalan cerita cmtu jelah. Tapi bila dah join tarbiyah, share pengajaran sama2, ambik n apply dalam kehidupan. Haa cool kan kan.

Taklah aku tak menyesal tinggalkan benda2 'best' tu, sebab kalau dapat masuk syurga nanti, haa amiklah benda 'best2' tu sampai lebam. Ko dah mati nanti lagi tak guna menyesal woi. 

3. Helloo bukan terperap kat rumah solat 24/7, baca Quran je k. Kitorang pi travel jugak. Pi riadhah sesama. Buat je aktiviti luar best2, mandi pantai bagai. Kan Allah kata, kejar akhirat, tapi jangan lupakan bahagianmu didunia. Surah mana entah tak ingat -.-' See, Allah yang suruh kita tak tinggal dunia. Kata khalifah, mana boleh sekular dunia akhirat oi. 
Kalau hiking dengan climbing dengan running, aku takdak geng lagi stakat ni. Plus takdak masa lah nak main2 dengan benda2 ni, sedangkan umat tengat tenaT. T_T

4. Takdo ah doploh pat jam usrah oi. Banyak je masa nak belajar tu. Tapi rasa la result teruk sebab malas nak bukak buku. Lagi suka bukak buku fikrah dari buku medic. Yes, please dont do this at home. Entahlah, tahu je tak adil pada study dan dakwah bila tak balance camtu. Tapi sebab aku takut lagi exam dengan Allah nanti daripada exam dengan manusia. Exam manusia tak tentu lagi pun dapat pi ke tak. Entah2 dah mati dulu. Tapi kita memang kompem kena viva dengan Allah. Ngeri okay kalau tak prepare. Tapi dah janji dah tak buat lagi. Sekarang tido 2-3 pagi sebab nak study.
Kalau fel tu takdir, boleh redha dah sebab dah usaha :)


O yeaa saya dah balik mesia for good. Dan banyak betul ujian bila balik mesia ni. Betul la eh orang kata, ni lah medan sebenar kita. *Bicepss

Mohon terus tsabat. Mohon terus kuat. Mohon terus semangat.