Tuesday, September 28, 2010

setan jugak yg kene?

"Kenapa manusie ske buat bnde yg tak elok, yg dtgkan dose?" Umi berkate pde suatu ptg yang indah permai lgi nyaman dan harmoni.
"Sebab yang tak elok tu la bes nak buat." Embek bkate.(men agak je ayat dy)
"Sebab banyak setan. setan jhat ske hasut org." yang ni aku jawab smbil stare bku math. stare je. tade prasaan pon nk buat soklan tu. err brilliant tak jwpn ak?

Hmm..
Setan jugak yang salah. sori la setan. aku tau ko jahat ske hasut org. tapi yg pgi ikot ckp ko tu knape an. haha stupid answer a act. so sile jgn mniru jwpan saya sperti yg tertera di ats.

tetibe terflashback dose2 lalu. ergh ngeri pulak. jauh dah aku ni. nak patah balek? susah jugak tapi jom la try.tapi bukan mmg ak dari dlu camni ke?er mayb tanduk setan tu da tmbh pnjg sket kot.ekor??? alhamdulillah still tade lagi. syukur2.
sahabat2ku dunia akhirat silalah pandu aku yg jahil ni okay.

Sekian.:)

Saturday, August 14, 2010

AT THE PEAK,:)

4898 ft. ta salah aku la.uh ta sangke bejaye gak ak mnawan puncak yg ta brape puncak gnung nuang tu. penat ta payah cakap a. lagipon malam b4 nye tu kitorang tido ta sampai sejam pon. so bangge gak sbb survive.haha.
yg pleng bestyme nak turon a. ta bawak headlamp.klo bwak pon trabe-rabe gak. bateri abes. so tpakse a mredah kegelapan malam dengan btemankan lampu fon ramlah n hedlem yaks n fong2 yang ta bwak nur langsong, sme cam aku.hah. overall memang enjoy a kem ni. even orientation pon. seniors pon sempoi gle, takde senioriti cm kt stf dlu. :D 
ah malas gile nak bebel.
yang penting, HACC bes a!!

Thursday, June 10, 2010

Termos Merah

   Berlari-lari gadis bersaiz kecil itu menaiki tangga ke kamar Anggerek. Dia terlupa akan janjinya akan bertemu Yana malam itu. Langkah dipercepatkan sambil mata mengerling jam di tangan dan otaknya ligat memikirkan alasan yang bakal diberi nanti.

   Ain tarik nafas panjang-panjang. Dengan lafaz Bismillah, dia mengetuk pintu kamar Anggerek. Jantung berdegup laju seperti baru menamatkan larian 100 meter.

“Masuk!” Suara nyaring dari dalam bilik yang sering membuatkan dia kecut perut itu kedengaran.
.
   Ain membetulkan tudungnya sebelum memulas tombol pintu. Ya Allah, selamatkan aku! Pintu ditolak perlahan-lahan.

   Panahan mata Yana yang tajam itu menikam tepat ke anak mata Ain. Ain tunduk, tidak berani bertentang mata dengan seniornya itu.

   “Kenapa lambat? Kau ingat aku ni siapa nak tunggu kau?”

   Ain tetap tidak angkat muka. Lebih baik diam dari berkata-kata.

   Yana letak majalah Yezz! di tangannya ke tepi katil. Dia mendekati Ain yang berdiri ditepi pintu.

   “Kau dengar tak? Kenapa tak jawab?” tengkingnya geram.

   Ain tetap membisu.

   “Hoi, jawab aku lah!”

   Senyap lagi. Hujung jari kaki Ain menguis permaidani kecil di tepi pintu kamar itu.
 
   Pang! Telapak tangan Yana singgah di pipi Ain. Senget tudung pelajar tingkatan satu itu dek tamparan yang kuat itu.

   Mata Ain dah berair. Dia tahan supaya tidak menitis jatuh. Tamparan yang bukan julung-julung kali diterimanya.

   “Aku marah sikit dah menangis. Ingat aku kesian ke?” Yana menyindir sinis.

   Pintu ditolak dari luar. Laili teman sebilik Yana masuk dengan wajah mengantuk. Buku Biologi di tangannya diletak ke atas meja belajar.

   “Kenapa Ain?” tegurnya apabila melihat mata juniornya itu berair dan merah.

   Yana tarik muka. “Baru marah sikit dah menangis. Menyampah betul aku.”

   Laili geleng kepala melihat kesan merah di pipi Ain. “Kau ni Yana, janganlah pukul-pukul anak orang. Kesian dia.”

   “Ala, dulu aku kena sepak terajang lagi. Apa aku kisah?”

   Laili rebahkan tubuhnya ke katil. “Suka hati kau lah. Tapi jangan menyesal kalau jadi apa-apa pada dia nanti. Aku tak mahu masuk campur.”

   Yana peluk tubuh. Dia memerhati Ain yang mengelap pipinya yang sudahpun basah.

   ‘Mengada-ngada.’ Matanya mengerling jam di dinding. Pukul 11 malam.

   “Ambil termos ni. Pergi ambil air panas. Aku nak makan maggie. Pandai-pandailah kau nak cari.”

    Ain angguk perlahan dan menyambut termos kecil merah itu dengan tangan separuh menggigil. Dia sarung sandalnya dan cepat-cepat keluar dari bilik itu.

   Mana nak cari air panas? Pemanas air di bilik rehat sudah rosak. Para pelajar pula memang tidak dibenarkan membawa cerek elektrik. Dewan makan pula sudah tutup.

   Dia mengeluh perlahan. Pipinya yang terasa perit tadi disentuh. Kalau dia gagal menunaikan arahan Yana lagi kali ini, pasti sebelah lagi pipinya pula yang menjadi mangsa.

   Ain tiba-tiba teringat water cooler yang terletak di blok pentadbiran. Water cooler itulah satu-satunya yang berfungsi dengan baik. Air panasnya pula betul-betul panas seperti baru dimasak.

   Ain senyum. Langkahnya di atur girang ke blok pentadbiran. Pasti dia tidak akan dimarahi lagi kali ini.


   Ketukan bertalu-talu di pintu menyedarkan Yana dari lena. Dia menggosok-gosok mata sambil turun dari katil. Siapa yang datang malam-malam ni?

   Pintu dibuka. Tiada orang.

   “Siapa ni? Main-main pulak.” Yana tutup pintu kembali. Baru sahaja dia hendak naik semula ke katil, pintu diketuk lagi.

   Yana mandengus.  ‘Tadi tak mahu masuk.’

   Tiada orang juga. Kali ini Yana rasa tidak sedap hati. Dia tutup pintu. Jam sudah menunjukkan pukul 3.00 pagi. Tidak mungkin masih ada pelajar yang masih berjaga waktu-waktu begini?

   Yana naik cepat-cepat ke katil.  Bulu romanya sudah meremang. Seram.

   Pintu diketuk sekali lagi. Kali ini lebih kuat. Yana renung pintu itu. Semakin lama, semakin kuat. Sampaikan bagai hendak tercabut pintu itu.

   Yana teringat Laili di katil atas. Dia cepat-cepat mengajutkan Laili. Tapi sedikit pun kawannya itu tidak berkuit. Sedangkan selalunya Laili mudah terjaga.

   Yana ketakutan. Bunyi ketukan sudah berhenti, tapi berganti dengan bunyi seakan-akan pintu dicakar. Kuat sungguh bunyinya. Mustahil binatang boleh mencakar sekuat itu.

   Yana tekup telinganya dengan bantal. “Pergi!” jeritnya sekuat hati.

   Bunyi itu lebih kuat lagi. Kedengaran pula bunyi seseorang sedang ketawa mengekek.
 
   Yana hampir menangis.

   Keadaan reda tiba-tiba. Yana diam menggigil di dalam selimutnya. Perlahan-lahan, dia mengangkat bantal yang menutupi mukanya.

   Ain berdiri di tepinya dengan darah yang membuak keluar dari dahinya yang terkoyak. Tangannya  yang kecil itu memegang kuat tangan Yana.

   “Ain, maafkan aku. Aku takkan buli kau lagi!” Yana sudah menangis tersesak-esak. Dia takut. Dia takut Ain marah dan ingin membalas dendam padanya.

   Ain ukir senyum. Senyum aneh yang menakutkan. Dia mengheret Yana keluar dari bilik itu.

   Yana menjerit apabila Ain yang bertubuh kecil itu mengangkat kakinya dan menolaknya jatuh.  “Jangan Ain!!”

   Yana pejam mata. dia terasa tubuhnya melayang jatuh ke bawah dari biliknya di tingkat lima itu.


   “Aghh!!” Yana tersedar. Tubuhnya berpeluh-peluh. Dia mengucap panjang. Mimpi rupanya. Yana toleh ke arah Laili yang masih nyenyak. Dia meraup mukanya. Mimpi apakah itu?

   Pintu diketuk, Ain telan liur. Jam menunjukkan pukul tiga, sama seperti mimpinya tadi.
Yana memberanikan diri membuka pintu.

   “Akak, ni air panas.” Termos kecil berwarna merah dihulur.

   “Kau rupanya Ain, terkejut aku. Dia menyambut termos itu dari tangan Ain. Lega hatinya melihat Ain.

   Ain senyum sebelum berlalu.

   “Ain!” Yana memanggil, serba salah.

   Ain berhenti tapi tidak menoleh.

   “Maafkan aku ya.”

   Tiada sebarang reaksi, dan Ain terus menghilang di sebalik dinding untuk menuruni tangga.

   Yana tutup pintu. Tiba-tiba berasa kasihan pada junior yang dibulinya itu.  Marahkah Ain padanya?

   Termos merah diletak di atas meja belajar. Perut terasa lapar. Cadangnya hendak memasak Maggie sebelum tidur tadi. Tetapi Ain tidak kelihatan dan dia tertidur dengan perut kosong.


   “Ain!” Laili berlari masuk ke bilik. Mukanya pucat.

   Yana yang sedang menelaah buku Kimianya terperanjat. Cermin mata ditanggalkan dan diletak ke tepi buku.

   “Kenapa?” tanyanya hairan.

   “Ain..” putus-putus nafas Laili. Tangannya mengurut-urut dada.

   Berkerut dahi Yana. Pelbagai persoalan timbul di benaknya.

   “Jom ikut aku.” Dia tarik tangan Yana keluar.

   Di hadapannya, semua pelajar berkerumun di tangga blok pentadbiran. Yana telan liur. Apa yang terjadi? Kenapa kecoh sangat ni?

   Hujung sandal Yana terpijak darah yang di lantai yang sudah beku. Ketika pelajar lain membuka laluan kepadanya , dia melihat Ain terlentang dengan darah masih belum berhenti keluar dari luka di dahinya. Di sisinya, termos kecil berwarna merah erat di pegangannya.

   Yana terduduk dengan muka pucat tidak berdarah.Termos itu, bukankah ada dibilik?  Kan Ain sudah memberikan termos itu pagi tadi?

   Yana teringat sesuatu. Dia berlari balik ke bilik. Pelajar lain hairan melihat perilakunya. Laili mengekori Ain dari belakang.

   Penutup tong sampah dibuka dengan tangan menggeletar. Bungkusan Maggie kari masih di situ. Jadi malam semalam, yang bagi air panas itu…

Pesanan penaja> jgn buli!! sikit2 tape.hihi


Wednesday, June 2, 2010

when the tears cant stop flowing..

swear i cant stop sobbing when de fes time i heard dis song. the lyric touched me soooo. haha, act tatau apsal nanges2 dengar lagu ni, tapi cam tetibe recall blek zaman tensen nk spm smpai ngamuk ta pasal2 smpai gado ngn mmbe, nanges srg2 kt bwh bed sbb ta dpt buat add, lari compound gegare tanak ngamuk sbb waden psl radio kuat2 kt PA systm, ckap ngn kuceng srg diri, ugut dri snirik nk tjon bngunan klo tadapat stret a's, cubaan baring di jln tggu kete pak kamil langga n sbagainye..
yola, life is tough, of coz tougher enough
tu la kan spesis homosapien ni mmg camtu. tyme ade problem rase cm da tade harapan hidop(kanser tahap trakhir) n dunia nak kiamat saat tu gak (jom bunoh diri reramai). padahal problem bkn besau sgt pon. haizzz.  terok2.

so lagu ni cm ssuai a klo nk mnginsafi n muhasabah diri snirik. isk3, mari dengarkannya..

Insya Allah
by:Maher Zain
Everytime, you feel like you cannot go on
You feel so lost
That you’re so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you`ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you’ll find your way
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ooo Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way… Showed me the way…
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah we`ll find the way
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah we`ll find the way...

Saturday, May 29, 2010

just having fun read my frens blog. n just now, abes stalk intec nye page. macam2 a. dari klej smpai ke kampus. funny kot bdak2 intec ni cte sal life drg kt sne. hmm. cm taleh nk caye lagi sbulan ak jdk student intec. layak ke aku? haha de same question again n again. tadi bace blog bdak2 tu gile superb gle english dorang. aku? hancosss. adeih, kne bnyk stdy english sbulan nih.tapi, smpat ke?? warghh makan budak la gini.
barang sme cam da redi, just calculator missing. tatau gahaib pi mane o misplaced, tapi seyesly ta jumpe! mmg kne beli baru. haiz nyusahkan org je menatang nih.
waaa. cant stop thinking bout INTEC.
...intec...
...intec...
...intec...
n cant erased this phrase from ma mind,
'if intec were bombed, den Mesia will suffered big loss of smart ass brain.'
hah, is ma brain smart enaf??
oo pliss stop asking okay!

http://www.recom.org/wiki/Cemara_and_Akasia

Friday, May 21, 2010

rezeki ade di mane2. mmg ta bole nafikan. sbb Allah The Almighty. tapi mmg susa ntok kte trime klo ap yg kte nk kte tadapat kan?
harini result jpa n mara kuar ntok PILN. dari tengahari ak dok dpan comp je. layan fb of coz la kan. haha.ayah ak yg setelkan hal um sume, uh, baru nk bnoh stem harini. haiz, pmalas nye ak ni.. ari jumaat lak tu.kuar tengahari gini sure tjmpe mamat2 nk g smayang jumaat. kang tapasal ak lak g masjid skali xD. astaghfirullah. insap jap.
mak ak lak bebel 'bila nak g bayar yuran ni ima. kang bank tutop nanges kau tadapat msok um.' bla2.. panjang lg a dy bebel. tp tu je yg msok pale ak.
ak pon jwb 'Tamo, nak tggu kol 3.'
mak ak pun bengang la. 'ngade2 nye budak. ske hati kau la..'
Mase blalu dgn pantas skali. pkul 3 da. ak laju2 cek esila nye web tu. bjuta kali ak refresh xkuar gak link tu. msg da full da dlm inbox. gile ta pnyabar membe2 ak ni. haha.
'Ima, da pukul brapa ni? nanti bank tutup!' mak ak da tinggikan suare. waa
ayah ak lak cntinue 'g la baya dulu Ima,kang yg dkejar tadapat, yg dikendong beciciran.' wah, beperibahase lak ayah ak rini.
'kjap2. tunggu jap je lagi.' tgn tros merefresh laju2. cpat la jpa!!!
'dah,pg skang. tutop bank tu tayah nak blek umah lagi.' men ugut plak dah.
ok la. ak pon sarung long sleeve n tdg. 'jgn menyesal' ak ckap kat jpa. mne tau dy kuar cpat ble ak ugut cmtu. brooommmm..tros ak memecut ke bank islam bdekatan.
AMIN! haha. bole lak jmpe dy kat sni. gile full bank tuh. ramai gle mke bkal bdak u. sme baya las minute nye kje a ni. isy3. trok2. kutok dri sndiri gak.
ting tong! 1075.
wa, abg yg buat akaun ak rtu gak la. *excited sbb da bkenalan ngn dy.xD Nsem la katekan..
'La,rtu bukan da baya ke?' tanyenye. jgn senyum! nnt ak cair.haha
'Blom,buat akaun je rtu.' kaver2
ok. dy pon cop2 then siap. waa.. duet aku.. pas kuar bank, ak cakap kt si ijo aku,' JPA,jgn nyesal ek ak nak msok um gak. da baya tau x??' gelak kjam. sapa suoh kua lmbt sgt. haizz.
sipot tol tenet. akhirnya.
TAHNIAH.
amek ko.speechless la plak kan. sbb ak mmg da plan nak tjon bngunan klo tadapat.Allah syang ak ni. huhu. tajadik tjon bngunan, tjon almari jela aku tadi. alhamdulillah, masih pnjang umo.
Mak ak nanges kot, pakse ak g um. bpak ak ntah le. adeke dy kate dy ta doakan ak dpat. sbb takot ak brubah ble da fly nnt. WTTTT??? smpai ati tacaye kat aku. ak lak nk nanges tyme tu T^T
ak jhat sgt ke? hurm, kne muhasabah dri blek ni.
tp bile pk sal fly, tringat a pacik Zailan kt kem tm tu ckap 'redi mentally n physically. kat sne macam2 ble jdk. ntah2 kamu kt sne bpe thun blek sni mak ayah kamu...' cantu a lbey kuang ayat dy. gilo ak tediam saat itu. mmg btol pon. ak cuak klo cmni je...
something bad happen, tp ak ngah exam. pastu famly ak takasi ak tau smpai ak abes exam. mmg nak mmpos ak mraung sbb tau lmbt nnt. cam mse arwah nenek ak mninggal n abg ak tgh spm. Warghhhh!!! jgn cte sal ni okayyy.
2 tahun lg. and ak tpakse mninggalkan PASUM even da siap packing sume. mmg ta sanggup sgt la.
kengkawanku,
Tyah-PMC
Shada-IMU
Afiey, Hana, Anis xde rezeki lagi.
Peah,bkal roomate kt UM tpakse crik roomte len. sobss
klo bole ak nak drg g same. hurm, nk wt cane kan, bkn kte yg tentukan rezeki.
lpas ni cite2 ak ni akan jadi medan jihad. whatever happen, i'll never giveup.no turning back, im going 2 take medic.
SAY NO TO

  • hang out
  • rest
  • sleep
  • eat
  • sports
  • n de most impotent DATING
Haha.doctor ni macam tade life kan? tp ak da pikir da. this is my JIHAD. mati pon xpe, insyaAllah syurga menanti. lgpon klo jdk doc, ari2 ko buat kbaikan kt org. pahale bnyak kot, klo ikhlas la. so, i want 2 be one of them. :)
So lpas ni lpekan la nak njoy2 life as a teenage keh. nnt smbg life 2 lpas kau da jdk doc.haha.
so bbalek kpade tjuk. rezeki kte tale expext kan.ak pon xsangke sbb mse iv hancoss gilak ak mrepek mraban, goyang kaki, ta gne eye cntct, julingkan mte buat muke lagi.haha xD. 
thats y we kol it REZEKI kt tangan DIA kan?:))) be grateful okaih.

Monday, May 17, 2010

Checklist barang2 nk bwk g UM..:)

Memang terlalu rajin plak aku rini. padahal banyak agi keje kne buat.isi borang,bkk akaun, bli stem,then bunoh dy. adoi,susa btol nk masok u ni. banyak cekadak. nk share list things yang kena bawak nnt


THINGS U WEAR
  • Baju kurung 
  • Tudung yang berwarna warni 
  • Suar slack
  • Track bott
  • Beg g kuliah
  • Telekung n Sejadah
  • Socks *skinsocks kasik alim sketxD
  • Underwear
  • Kasot
  • Sliper 
  • Sneakers
  • Towel 
  • Kain Batik
  • Siemiens
  • Sweater o cardigan
  • Serkup 

BEAUTY CARE
  • Compact powder        
  • Deodorant
  • Sikat
  • Getah rambut
  • Nailclipper 
  • Lotion 





TOILETRIES
  • Shampoo n conditioner
  • Showerfoam
  • Pencuci muke
  • Berus n ubat gg
  • Berus baju
  • Sabun basuh baju 
  • Downy o softlan 
  • Baldi hanger sepit baju sume
  • Foldable dirty cloth basket
HEALTH
  • Panadol *actifast bgos gak
  • Plaster
  • Minyak cap kapak
  • Vicks
IKLAN:
*Mashimaro diserang demam semalam.
 Mujurlah ada COOLFEVER!
melegakan deman dengan cepat dan episien!


IKLAN TAMAT






ANOTHER IMPORTANT THINGS maybe
  • Charger
  • Extension plug
  • Torchlight *kot2 nk g mrompak
  • Comforter
  • Bantal busuk! i Lap u
  • Iron
  • Mangga kunci
  • Study lamp 
  • Mirror *klo korg gile cemin
  • MP3 n enpon
  • Payung n bju ujan
  • FOOD!
  • Heater rice cooker oven toaster cerek bla2 *kebulor pnye budak
Jangan lupe bawak dokumen2 yang nk kne anta tu. naye klo ta bawak! 

Kalau boleh, bawak a Quran skali. yg terjemahan ok sket.tade la berat sangat nk amek2 air wudu'. surah yasin ngn ma'tsurat tu pun bgus gk kalau bawak kan kan

k dah bai