Wednesday, February 27, 2013

goodbye to Malaysia

emosi makin tak terkawal semenjak dua menjak ni. yaa ini semua salah cuti yang pendek sangat. tak sampai sebulan pun kot, marah betul gua. ish tak baikk. sepatutnya kita bersyukur dengan kesempatan yang ada. kan kan

beratnya hati nak balik. sobss

aswad ni pulak memang semacam angin dia bila lagi dua tiga hari aku nak berangkat. manja semacam, sensitif nak mampos kalau kena marah sikit, tetiba backhug pastu cium bertalu2. ayah aku siap pesan baju yang aku pakai harini simpan masuk plastik. kalau dia demam rindu aku, sapu baju busuk2 tu kat muka dia sampai pengsan haha *teruk betul petua orang tua-tua ni.

kuasa Allah kan. dalam ramai2 family aku tu, dia paling rapat dengan aku *nanges

ibu pulak sibuk risaukan barang aku tertinggal ke hapa ke. lama dia duduk dekat kabinet dapur tu nak carik rempah perencah bagai nak bagi aku bawak. pastu masa aku keluar bilik nak minum air pukul 1230 malam tadi, dia tengah duduk depan beg aku sambil termenung. 

ohh itu memang tacing *nangis lagi

dan aku pasti termimpi-mimpi c-bit d-bit dan e-bit. semoga depa selamat dan tak dibaham anjing. aminn

aku juga mesti merindui surat khabar yang rasanya 80% cerita pasal politik. demam PRU la katakan. sedih jugak lahir lambat tak sempat nak undi pos. takpelah. semoga pihak yang memperjuangkan agama Islam menang pilihanraya kali ni. eh obvious sangat pulak. maaf

sampai2 manipal, aku berfikir untuk mengaktifkan ion dan skype ngan family ku tercinta. walaupun aku bukan anak manja, tapi aku tau aku ni antara anak kesayangan depa jugak xD

dan selepas skype kita boleh menonton runningman sekejap. eh

dan seharusnya selepas itu start membuka buku yang kompem2 berhabuk kat meja tu. aku sememangnya harus menerima hakikat. dah jadik medical student kene jadik nerd dan rajin okay

esok perjalanan yang agak panjang akan bermula semula. doakan kami selamat tiba.

menuntut ilmu itu juga adalah jihad fi sabilillah, semoga Allah memberkati niat dan usaha kami :)

Wednesday, February 6, 2013

kekoreaan

keobsessan aku terhadap korea semakin memudar disini. kimchidrama pun dah shut down since aku sampai di sini, makanya hati ini berasa kurang bersemangat utuk menonton drama2 kurang berkualiti di dramazrazy dan dramaload dan sebagainya. err kurang bersemangat. bukan tak semangat langsung okay

semenjak kehilangan teman (fathiah) untuk menonton cerita korea baru di bumi India ini, aku lebih seronok mereplay cerita-cerita lama seperti Cinderella Stepsister. dan tidak lupa tuala kecik bersama biskut oreo untuk menenangkan hati yang lara masa menonton cerita tersebut. dan kesudahannya setiap episod lah tuala kecik basah *blush

oh cerita ni memang mantap. kau ulang lah banyak kali komfem nangis punya. dan awek dia sangat comel. dan paling penting bukan plastik macam awek2 hidung mancung mata bulat yang lain.

kalau bukan kerana desakan abang aku dan aiman yang asyik memaksa mendonlod cerita2 tunang2 mereka, memang dah lama aku stop tengok cte korea ni. boleh pulak depa punya taste sama? err boleh kata taste kitorang 3 orang sama sebenarnya -.-'

oh cakap pasal sama sama ni, mesti aku tertanya tanya pasal benda ni.

mengapakah aku sentiasa nampak hafizul dalam pijoo =.=' 

nickname sama, perangai sama, baju depa pun nak sama jugak?

adakah ini jodoh aku dan pijoo?? hikhikhik
mati gua kalau pijo baca. maaf pijo tak behave

ah lupakan. aku berharap balik india nanti aku boleh stop terus menonton cite2 yang sebenarnya tak berfaedah ni. berharap. aminn

kini aku akan cuba menyukai video Satessh Nayak yang boleh tahan comelnya. dan beliau berambut korea!

Saturday, December 29, 2012

tahu dan faham itu dua benda yang berbeza

orang cakap kalau ada majlis2 ilmu ni, pegi je kalau pemalas mana pun rasanya nak pergi. even tajuk ulang2 pun, pegi jugak, sebab kita mesti punya lah belajar benda yang baru lagi masa tu. lagipun hati manusia ni macam air dalam piring, sekejap je evaporate, kering tak tinggal apa dah. so mesti kena pegi jugak, basahkan balik piring tu. nanti kucing boleh datang minum. ehh? tak pasal maaff

tadaaaa! nah video yang aku tengok masa program tadi


dulu kan aku sebenarnya menyampah sangat dengan akak2 yang sibuk macam berlagak baik sangat dan mesra dan penyayang dengan kitorang juniors yang baru sampai ni. apasal kena belanja makan? apasal kena bagi hadiah? apasal kena tanya kabar hari2 kat fesbuk? apasal mesra nak mampos sampai nak datang bilik tidur sama semua??
ye tau dorang nak ajak jadik baik macam dorang jugak. tapi sumpah masa tu dorang annoyinggg orennnn gila. rasa nak pijak2 sorang2. er mungkin sbb aku mmg racist sket tak suka juniors, so aku rasa dorang tak patut baik sgt dgn kitorang.

kini baru lah aku sekarang aku betul2 paham kenapa akak2 kat sini sibuk sangat berebut-rebut nak menarik adik2 pegi usrah la program la. sibuk nak membina kemesraan, sibuk nak berukhuwah sana sini.

kalau dulu awal2 dah paham tak rasa macam ni lah weyyy. masa tu tak faham lagi lah maknanya okay.

bodoh lah aku yang berprasangka yang bukan2 pada kemurnian niat dan hati mereka sekalian. hati sendiri kotor penuh debu, sibuk nak judge orang macam diri sendiri tak suci sangat.

dorang macam tu sebab tu tugas dorang. tanggungjawab. dan juga amanah dorang. eh bukan dorang je, semua kita2 ni. sepatutnya.

sedar tak woi

dan merekalah supercatwoman yang cuba menyedarkan golongan2 manusia seperti aku yang lalai dan leka dan tak matured langsung ni untuk sedar, kami pun sama macam dorang. kami ada tanggungjawab. kami ada amanah yang perlu diselesaikan.

haa nampak tak permainan dia

ni namanya cenderahati lah awak 

sebelum ni memang tau. manusia diciptakan untuk beribadah dan untuk menjadi khalifah. tapi tau tak sama dengan faham. tau je tak masuk dalam hati. tak ikhlas untuk cuba memahami. Makanya, biarkan dia berlalu bersama awan nanonanonano piluu

tahu tapi tak faham. nampak beza dia kan.

lepas ni aku boleh kata sapa menyampah dengan akak2 macam tu, korang ni memang hati kotor. berdebu. penuh dosa noda. gelap dan hitam dan kelabu kale dia lebih kurang macam perokok punya paru-paru tu. berpenyakit.

macam hati aku. T.T

ahh emo. emo. emo. *pijak2 beruang kain*

ooh ada satu lagi nak share.

khabar kematian kawan kepada kawan aku semalam baru terkesan kat hati malam ni. yelah sebab tu bukan kawan aku kan, apa aku nak emo2 sangat.
tapi tadi baru lah nak terasa dekatnya mati dengan kita. kalau balik ni naik auto tetiba terlanggar lembu tompok hitam putih macamana? dah langgar lembu tetiba ada pulak lori bawak pisang datang dari arah bertentangan dan tau jela kelajuan lori kat india ni macamana kan, memang komfem maut punya kalau sekali kena sapu.
adegan seterusnya aku melihat jasad aku tergolek di jalan tar sambil aku terapung-apung di udara, dan bila aku pandang kanan, lembu tompok hitam putih tadi pun ada, dan kami saling berpandangan.

takut kan. mati kot. belum kahwin lagi pulak tu. sakit tu satu. dah tu dah mati memang boleh jalan la kalau nak mintak hidup balik. mustahil nak patah balik faham?

jauh lagi perjalanan kita ni. mohon doa semoga sempat kita melaksanakan tugas yang Dia beri, sebelum nafas terhenti, sebelum ATP tak terhasil lagi, sebelum rigor mortis dan putrefaction terjadi

#peringatan untuk diri saya. dan untuk dikongsi bersama kawan2 juga

random #2


oh saja bosan. kbai

Friday, December 21, 2012

random #1


bukan nak cakap apa, tapi gua berkenan sungguh dengan awek sebelah fathiah tu.
mungkinkah kami boleh berkenalan?

mood : gay

Saturday, December 15, 2012

keep calm n bring yourself to Him

imam yang terbaik ialah imam yang mampu khusyuk dalam solatnya, dan turut membawa para makmumnya untuk turut sama khusyuk dengannya.

ayah yg pesan masa zaman aku jadik imam kat stf dulu.

tapi skarang dah tak penah berani dah nak mengimam, sebab evrytime kena suruh jadik imam, mesti teringat pesan ayah ni.

banyak sangat dosa sampai rasa tak mampu nak jadik imam. yelah kalau solat sorang pun susah nak khusyuk, tayah beranganlah nak membawak orang lain sama
down.

tapi tu lah, cakap je apa guna kan. patutnya kenalah segera insaf laju2

sekian sahaja pengisian untuk hari ini

assalamualaikum!

Friday, November 30, 2012

hungary

lapar dan rinduu ini :'(