Friday, October 30, 2015

New chapter.

Senyum sorang2 bila baca balik post2 lama. Zaman muda2. Zaman jahiliyah. Zaman mula nak berubah. Dan zaman dah berubah?

Takde lah banyak sangat pun tulis, tapi tak teringat langsung aku pernah tulis benda2 camtu dulu. Haa tak pelik pun untuk budak introvert yang simpan semua benda sorang2 ni, tulis macam2 kan. Sebab tak reti cerita kat orang, so merepek la bagai2 dekat blog.

Sekarang dah tak dah. Mungkin taklah extrovert, tapi better lah. Mungkin aku paling banyak membebel n initiate conversation sekarang ni. Yelah daie mana yang nak harapkan orang datang pada dia je kan?

Dah besar dah aku ni :')

Alhamdulillah, sungguh tak sia-sia jauh merantau ke india dulu. Yang mungkin je pada permulaannya, nampak susah. Banyak je benda tak best. Mula2 je lah. Dan sungguh, yang membuatkan aku mencintai bumi Maududi tu, bila mana di situ tempat aku kembali pada Allah. Menjadi manusia yang bukan hanya berfikir tentang diri sendiri dan dunia.

Kalau dulu, study dengan family benda paling besar yang aku boleh fikir. Tapi sekarang, banyaaak sangat. segalanya tentang Allah dan Islam. Dan ummah. *Peace.

Hello, tak skema okay bila kau jadik baik. Dulu aku pun rasa macam tu. Scary sangat nak dekat dengan makhluk2 alim tu.

1. "Bosan gila tudung labuh tak cakap dengan laki."

2. "Semua benda tak boleh buat. im young n im free! Suka hati lah nak buat apa masa muda ni. YOLO bro, YOLOOO. Kau nak menyesal ke tua nanti tak cuba benda best2 masa muda?"

3. "Tak bosan ke duduk dalam rumah je tak keluar. Tak join aktiviti luar, tak boleh climbing hiking. Apa punya life yang kau choose ni?"

4. "Asyik pergi usrah je. Bila kau belajar? Patutlah result teruk?"

Hahah. Masa tu narrowminded gila. Nampak dari luar, terus judge macam tu.

Nah nak jawab untuk diri sendiri.

1. Tak bosan okay tak cakap dengan lelaki. Tu, mujahadah aku yg agak besar la mula2 dulu, Weh dulu tiap hari tiap saat mesej bagai. Study group dengan laki. Outdoor dengan laki. Semua benda tak pernah takde lelaki. Tapi circle or friends aku sekarang semua perempuan. Yelah ada je kawan satu kelas bagai tu, tapi serius tak cakap kalau takda benda penting. N aku rasa, ni lah hasil apa yg Rasulullah buat dulu. Untuk meninggikan martabat wanita, tak dipijak dihina, dianggap pelayan nafsu semata. Rasa mulia. Rasa dihormati bila kawan2 lelaki kau semua tunduk pandangan bila jalan sebelah kau. Bila, dorang prefer orang lain untuk bertanya apa2, bukan kau. Bila ada orang tanya, tapi dia tanya through murabbi. Eh. Berangan lol

Pedulik lah weyy, tak famous kat dunia, janji famous di langit sana! :D

2. Semua benda tak boleh buat? Salah tuu. Bukan semua pun. Cuma benda2 yang Allah tak suka tu, kita tinggalkan lah. Tak susah pun, ganti dengan benda lain. Tak boleh tengok movie dekat cinema, pasang LCD kat rumah. Lagi best boleh golek2 sambil makan popcorn. Boleh siap makan nasik berlauk dan berulam lagi bila tengok movie dekat rumah. Movie pun yang berpengajaran, dan paling best bila share ibrah sama2. Kalau tak join tarbiyah, tau jalan cerita cmtu jelah. Tapi bila dah join tarbiyah, share pengajaran sama2, ambik n apply dalam kehidupan. Haa cool kan kan.

Taklah aku tak menyesal tinggalkan benda2 'best' tu, sebab kalau dapat masuk syurga nanti, haa amiklah benda 'best2' tu sampai lebam. Ko dah mati nanti lagi tak guna menyesal woi. 

3. Helloo bukan terperap kat rumah solat 24/7, baca Quran je k. Kitorang pi travel jugak. Pi riadhah sesama. Buat je aktiviti luar best2, mandi pantai bagai. Kan Allah kata, kejar akhirat, tapi jangan lupakan bahagianmu didunia. Surah mana entah tak ingat -.-' See, Allah yang suruh kita tak tinggal dunia. Kata khalifah, mana boleh sekular dunia akhirat oi. 
Kalau hiking dengan climbing dengan running, aku takdak geng lagi stakat ni. Plus takdak masa lah nak main2 dengan benda2 ni, sedangkan umat tengat tenaT. T_T

4. Takdo ah doploh pat jam usrah oi. Banyak je masa nak belajar tu. Tapi rasa la result teruk sebab malas nak bukak buku. Lagi suka bukak buku fikrah dari buku medic. Yes, please dont do this at home. Entahlah, tahu je tak adil pada study dan dakwah bila tak balance camtu. Tapi sebab aku takut lagi exam dengan Allah nanti daripada exam dengan manusia. Exam manusia tak tentu lagi pun dapat pi ke tak. Entah2 dah mati dulu. Tapi kita memang kompem kena viva dengan Allah. Ngeri okay kalau tak prepare. Tapi dah janji dah tak buat lagi. Sekarang tido 2-3 pagi sebab nak study.
Kalau fel tu takdir, boleh redha dah sebab dah usaha :)


O yeaa saya dah balik mesia for good. Dan banyak betul ujian bila balik mesia ni. Betul la eh orang kata, ni lah medan sebenar kita. *Bicepss

Mohon terus tsabat. Mohon terus kuat. Mohon terus semangat.



Thursday, April 24, 2014

Random #3

Serius. Serius lama sangat tak memblogging. Sampai setengah jam blank mana butang nak g dashboard.

Alhamdulillah, sihat sangat aku di bumi Gandhi ni sebab hari2 makan masakan melayu hasil air tangan hausmet n tangan aku sendiri. Gua bukan lagi budak yg benci kari dan tak pandai masak okay. usaha gigihku belajar masak tanpa segan silu bertanya mak ayahku di kampung sana berbaloi baloi. Alah at least masak kicap, masak lemak, masak kari, masak merah, sambal ikan bilis dah terer, lepas la kan nak jawab ngn mak mertua nanti xD

2nd year sumpah tough, buff and rough. aku sendiri tak yakin boleh lepas 2nd year ni dengan cemerlang berdasarkan tahap IQ yang sebenarnya bukan 5 sangat ni pun. tapi tak apa lah, kita usaha, biar Allah yang setelkan yang lain. Kan. Kan.

Usaha la macamana pun, kalau dah tertulis dekat luh mahfuz sana kau tak lulus, memang begitu lah takdirnya. So, usaha je lah kan, so that takde alasan untuk kau blame diri sendiri apasal tak lulus jugak walau dah usaha tahap ultraman Mega punya kuasa. Cis cakap pasal otomen rindu Aswad pulak.

:')

Sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa. sekarang pukul 1 lebih. esok ada presentation MSP. Tapi bukan aku yang kena present apa aku kisah muahaha

K sebab rindu lama tak blogging.

Moga Allah lapangkan masa, sebab masa sangat mencemburui hidup aku sekarang. Tak apa, yang penting Allah redha. Dah berlalu masa bloggingku, ye dak?

Sekiannnz

Saturday, November 23, 2013

YemYemYemSi B31 :)


bangga gila dapat dok depan sekali xD

Sunday, November 17, 2013

Kesangapan yang tak diundang

Seriously gua sangap nak hiking sekarang.
Seriously gua sangap nak menjajahi hutan sekarang.
Seriously gua sangap nak climb sekarang.

Sirius. SIRIUS black.
Sampai bila nampak anae tukang cat manjat dinding pakai tali pinggang *seriously gua dah lupa nama dia??? Okay AllahummasollialaMuhammad.. Harness!! Hee dah ingat.

Ha sambung, bila nampak pakcik tu pegang benda alah tu, gua rasa nak lari laju2 dan merampas benda tu dari tangan dia dan memberi sebiji penampar halus kepadanya. Lek lek je dia manjat tanpa memperdulikan perasaan gua. Ciss

Ya memang ini serius. Tapi gua tau gua dah gemuk so gua tak layak nak manjat2 lagi dah.

Dan yang penting gua tau untuk kembali ke zaman kurus tu, itu mustahil.

Dan untuk kembali menjoinkan diri dalam aktiviti tak sopan begini, itu sangat tak patut.

Unless im strong enough to take care of myself.
Unless im tough enough to face those faces that I miss so much
And unless im powerful enough to hold my imaan in place, to where it
it should be,
I can't be there again.

Though I miss HACC, but yeah, *still in a serious mode now,* I can't turn back.

Never.

#postemoemotengahmalam

Friday, September 6, 2013

Umur cuma sekadar angka

Bila tak letak birth date dekat facebook, rasa seronok bila ada orang ingat birthday kita, bukan sebab dorang ternampak kat timeline ke hapa ke. Yelah maybe dorang ingat pun sebab letak reminder kat tepon, tapi tape lah. At least ada effort apa nak ingat.

Alah bukan aku kisah sgt orang wish ke tak. Tapi sebab Fathiah tak wish, terguris jugak hati ni. ye lah fine orang tgh bizi travel pi London. Fain fainn fainn. Kalau takde souvenir, siap hang aku baling hang dengan speaker panda tu

*Lalu depan cermin. Singgah belek muka*

Dah nampak obvious sangat muka dewasa. Bukan muka budak macam masa skolah menengah dulu. Pastu nampak pulak line2 yang tak diingini dekat dahi dengan tepi mata.

Tanda penuaan,bak kata jurucakap iklan Garnier

Ngahahaha dah tua.  Tak pun sebab banyak sangat berkerut masa tak paham bila bukak buku biochemistry. Naahh stress makes you look older. Thats also fine, as long as someone is willing to marry me.
Okay, itu kalau ada. Kalau takda orang datang jumpa parents aku lepas habis 5 tahun ni, aku daftar Baitul Hikmah eh Muslim terus.

‘Nak kahwin bawak 5 usrah dulu hoiii’ kata sorang kakak usrah yang menyentak lamunan saya.
Ceh, okayy fainn jugak

Oh ya Alhamdulillah, berkat doa semua, dan atas usaha yang rasanya tak seberapa ni, saya dah bergelar 2nd year medical student. Cewahhh. Memang nampak cam lekeh je kan.

‘Alah baru 2nd year. Apa nak bangga sangat.

Dush, tumbuk kang. Bukan bangga okay. Tapi ingat senang nak lepas 1st year? Dah lah saya ni jenis lembab nak mengingat nama muscle, nerve bagai tu. Biochem tu lagi lah main hantuk kepala kat meja lagi sebab gagal ingat reactions yang panjang berjela tu. Uh stress aii yu noo

K dah. Azam saya dengan umur baru ni, nak mengelak seberapa banyak dosa yang boleh, dan menambah saham nak ke syurga. Pastu nak cuba padam kisah silam yang penuh dengan kegelapan jahiliyah?

Huish susah tu tapi moh le usaha. Mana yang termampu. Mampukan. Mampu! 

*Stresss lagi

Happy birthday to me J


Yeay, boleh mengundi dah.

Sunday, July 7, 2013

Tuna and A Bird

Harini bdae lina. :)

Seronok gila tengok sahabat2 semua celebrate bdae dia. takpasal aku pulak yang sebak. Entah, mungkin sebab nampak kasih sayang kitorang sekarang ni kerana Dia. Sebab aku dah faham sikit kot apakah makna 'I love you Fillah.' So tacing sikit eheh

Sanah Helwah Lina :D

 insyaAllah semuanya solehah belaka boleh buat bini

dan puas hati gua dapat sumbat muka depa dua dengan tepung

dan 4 kek beraneka perisa yang penuh dengan lemak tepu -.-

K sebab aku tak bnyak snap gambar, dah tutup cerita bdae Lina. Sekian

Harini daurah cerita pasal kisah bani Israel.

Alah takkan tak tau. Dalam Quran banyak gila cerita pasal dorang. Sekarang pun tengah femes lagi dengan kisah keganasan depa di Gaza. Dari dulu sampai sekarang, dan mungkin sampai akhir zaman nanti pun depa takkan berubah. Haihh

Oo ni cerita pasal yang depa pi mintak dekat Allah nak hari khusus beribadah. Allah pun dengan baik hatinya mengabulkan permintaan depa. Pastu bila dah dapat hari sabtu tu, Allah pun saje je la nak uji depa.

Depa ni kan tinggal kat tepi laut. tetiba nampak pulak banyak gile ikan yang mungkin seperti ikan selar kuning, ikan kembung, ikan buntal, ikan jos, dolphin, tuna dan sebagainya melompat2 riang di halaman laut depan rumah depa. Mana tak terliur tengok tuna brooo.*Tuna egg veg sedap gila kott. Dah tu ikan2 tu pulak sibuk nak melompat2 hari Sabtu. Weekend rasa nak berjimba agaknya~

Makanya mereka pun terlupa janji depa pada Allah. Tak jadik nak beribadah dan depa pun pergi menjala. Tak tahu lah terlupa ke, sengaja lupa ke. Tapi dalam kisah yang Allah cerita dalam surah Al-A'raf ayat 163-166 ni, ada 3 golongan yang Allah mention:-

1.  Depa yang terliur tengok tuna gemok gedempol dan pergi menjala
2.  Depa yang faham tujuan Allah suruh ikan2 tersebut melompat2 hari tu dan nasihatkan orang yang lapar tuna tu supaya jangan mungkir janji pada Allah
3. Depa yang mempersoalkan golongan 2 apasal sibuk2 nak nasihat golongan 1 yang kompem2 Allah murka pada depa.

Lalu golongan 2 pun menjawab,
"Agar kami mempunyai alasan kepada Tuhan-Mu, dan agar mereka bertakwa"

T.T

Vidio ni nak sampaikan mesej yang sama. Sila tonton dengan hati yang iklas


Begitulah. Makanya, kita ni nak jadik depa 1 ke 2 ke 3?
Tepuk dada slow2 je, dan tanyalah iman di hati anda~

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya (mulutnya). Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya (iaitu membenci kemungkaran yang berlaku) dan itulah selemah-lemah iman”  (Hadis riwayat Muslim)

Yang paling penting sekali, semoga bukan kita lah yang berbuat kemungkaran tu. Aminn Aminnn ya Rabbal Alaminnn

K sikit je pasal tu. Nah lagi satu isu hangat era kini.


Perghh ni serius berair mata gua tengok. Bak kata kak penyampai tadi, depa yang barisan depan skali siap bawak kain kafan. Sebab tahu itu panggilan jihad. Panggilan menegakkan agama Allah. Oh depa nak Syahid! :')

Dengan helmet kayu penyapu bagai, dengan adanya budak2 yang join sekali, aku terfikir, 'Kalaulah kat Mesia jadik benda camni, ada ke anak2 muda nak pakai helmet turun padang dengan kayu penyapu ke mop camni? Ada ke mak bapak yang kasik anak depa join benda yang marabahaya camni?'

Aku rasa mak aku pun tak bagi punya -.-'

Satu ayat akak tu yang tajam masuk dalam hati aku, "Ada ibrah yang kita boleh ambil dr kejatuhan Morsi ni. Allah nak kita jangan lengah2 bina Individu Muslim tu, sebab tengok dekat negara yang boleh kata betul2 Islam sendiri pun, rakyat depa still tak faham betul2 apakah Islam tu sebenarnya. So cepat2 lah bina IM supaya kita boleh tolong satu dunia yang tak faham Islam tu!"

Satu duniaaa. Woi satu dunia. Ingat senang tanggungjawab kita?

Jangan cakap Mesir, macamana pulak dekat Mesia yang remaja2 laki perempuan lepak sampai 4 5 pagi sama2 dekat mamak berbincang hal2 lagha dan langsung tak berfaedah?  Takpun yang dah semayang cukup, puasa cukup, pakai tudung baju lengan panjang semua, pastu dah rasa boleh masuk syurga?

T.T
Ah aku sendiri terasa Allah tengah menempeleng aku berkali-kali melalui ayat sang kakak tersebut.

Papehal pun aku sungguh tak puas hati dengan rakyat mesir ni. Muka pakcik Morsi tu punya lah suci, boleh depa tuduh diktator? Depa tak fikir ke nasib depa kalaulah pemimpin lepas ni tetiba cam Hosni Mubarak tu jugak? Tak pun tetiba dapat kejam gilo cam Bashar Asad ke. Tak takut nasib depa jadik cam Palestin? Syria?

Ah bengong sungguh.

K banyak membebel pulak baru2 ni. Semoga berjumpa lagi 3 minggu selepas raya nanti. (Baru habis exam masa tu wuuuuuuuwuuuu) InsyaAllah panjang umur kita berbicara tentang iman lagi.

Oh ya pesanan penaja, jangan menyampah dengan saya yang asyik membebel pasal agama. Walaupun saya masih tak pakai tudung labuh lagi, saya berharap usaha kecil saya ni lebih kurang macam usaha si burung yang cuba nak padamkan api tu.

Sama2 kita berubah untuk Allah. Untuk menjadi hamba Allah yang sebenarnya *wink2

 Salam Ramadhan semua :)

Sunday, June 2, 2013

Scooty ke Rayyan

'Ah, rosak lagi motor ni. Lahabau punya mekanik tak reti nak baiki elok2 ke. Bengong ingat aku bayar motor ni guna daun getah yang transparent tu ke?' saya menyepak tayar Scooty Pept merah 2nd hand yang baru dibeli tak sampai tiga hari.

nama awek baru saya Scooty. Sori tak macho seperti yang diharapkan

Sepakan saya membuatkan Scooty merajuk. Dan rosak lagi sehari selepasnya. Dan tak nak start enjin dia 2 hari lagi selepasnya.

Okay saja nak perkenalkan girlfren baru selepas cintaku Yamaha BEX dan si hijau tertinggal di Malaysia~

Harini saya baru pulang menyertai daurah dengan akak2 luar negeri India. bukan dengan depa je lah. ada ramai kawan2 saya yang lain. Dengan Scooty lah Allah izinkan saya tiba di Rayyan (nama sebijik rumah) Tajuk dia? Malam tu Ghazwul Fikri, or kate orang melayu Serangan Pemikiran. Siangnya pula pasal Jahiliyyah. 

Jahiliyyah tu apa?
Jahiliyah = Mr. Jahil and his wife Mrs.Liyyah?
Kalau jawapan skema SPM, seingat saya maksudnya bodoh, lebih kurang camtu lah. Sapa tak dapat A SPM memang sebab dia tak baca buku. Eh tapasal

Alah jahiyah tu ade mase zaman dolu2 je, zaman yang orang arab tanam anak pompuan, main perempuan, minum arak bagai..

Okay2 tapi sekarang, macam lah takde pulak bunuh anak tu? minum arak? main perempuan? merompak membunuh meragut merogol membakar membom mengerat 18, dan macam2 lagi? Malah lagi dashattt dan mengerikan dan meloyakan lagi.

Sistem pendidikan kat mesia, apasai depa splitkan skolah agama dengan kebangsaan? 
Sistem perundangan. apasal asing mahkamah sivil dengan syariah?
Sistem muamalat. Apasal ade bank islamic, ada bank convensional? (Err Convensional tu apa? Wujud ke?Main taram je sebut haha)
Sistem pengadilan. Apasal tak hukum pesalah ikut hukum Islam?  Kenapa kata hudud menzalimi sedangkan tak tahu pun camna sistem hukum hudud tu sebenar-benarnya?
Sistem pemerintahan. Awat rambut wife PM kita cam Marilyn Monroe? Kalau dia blond sikit kompem serupa. Eh nampak rambut? Dia tak pakai tudung ke?

Ah sudah masuk politik pulak. Cukup2 kang kene tarik scholar mati gua. 

Kata Islam itu DEEN. Cara hidup yang menyeluruh. Kenapa perlu asingkan sistem2 tersebut di atas?
Zaman apa sekarang ni? New era of Jahiliyyah?

Saya lap badan Scooty yang kotor berhabuk.

Yess nampaknya begitu lah yang saya rasakan kini. Tade lah new sangat. Serupa je apa yang depa buat dengan orang zaman sekarang buat, cuma cara cam pelakunya moden sikit kot. Zaman teknologi la katakan..

Selain itu, definition jahiliyyah yang saya dapat lagi tadi - segala benda yang mendeviatekan kita dari mengingati Allah.

kita kat zaman jahiliyah la wey skarang. Tengok kawan2. Eh tak, silap. Tengok diri sendiri lah. Banyak tak jahiliyah tu dalam diri?

Contoh : tengok drama korea jiwang2, layan running man dan gelak 2 jam depan laptop, berangan sebelum tidur dapat kahwin dengan Tom Cruise dan beranak dapat anak perempuan comel gila cam Suri Cruise, mesej2 dengan kawan selain jantina anda dengan alasan supaya tak mengantuk masa tengah baca buku (segar sikit bila ade orang mesej), dress up depan cermin sampai setengah jam padahal nak pergi kelas je pun dan bla bla bla bla

Belajar pun boleh jadik jahiliyah. Awatt?? Bila dah masuk waktu azan pun still tak tutup buku dan pergi amik air wuduk dan solat. Belajar sampai pukul 2 3 pagi pastu bangun subuh lambat. Bagi alasan tak nak pergi usrah sebab nak belajar. Belajar pastu lupa pastu blank masa jawab pekse pastu menyumpah blame otak sebab lembab tak dapat ingat benda yang baru baca 10 minit before masuk hall. Belajar sambil makan choki2. Eh

Astaghfirullah. Itu baru sikit. itu baru yang berani nak declare public2 macam dalam blog camni. yang tak berani nak declare? Yang hanya Dia dan si pelaku yang tahu?

Jahiliyah kita ni dalam hati. Selagi mana hati kita tak bersih dari karat2 jahiliyah, sampai tu lah kita still dalam zaman kegelapan. Belum sampai Renaissance. Dan mungkin takkan nampak cahaya pun.

Oh kalau nak letak Allah dalam hati, tak boleh ade jahiliyyah2 tersebut menyibuk. Nanti dah takde space untuk Allah. Macamana Allah nak masuk? Sampai hati biarkan Allah compete dengan benda2 tak guna tu. T.T

Lagi2, keikhlasan kita nak letakkan Allah dalam hati kita, kene sesuci susu. kenapa susu?

susu asal dari darah. tak kisah lah susu manusia ke susu lembu ke, yang secrete dia still mammary gland tu. Tapi kenapa kaler dia putih? Putih gila yang tak tercemar langsung. Kata asal dari darah?

okay saya tak belajar dalam anatomy camna susu tu boleh takde kale merah tapi begitu lah nak cakap. keikhlasan kita nak cari Allah, kene suci macam susu tu. tak boleh lah nak cemarkan dengan darah. kalau dah tercemar mana lah kita nak minum susu kale merah2 gitu. heww

Eh jap rasanya bukan camni yang akak Belgaum tu nak sampaikan. Lupa kalau saya ingat saya betulkan. Hehe


tengok video mat lutfi ni buat pasir masuk mata. Sebab saya banyak dosa. Sebab list jahiliyyah saya masih banyak tertampal di board meja saya, tapi saya susah sangat nak padam dia. 

Saya padam. tapi saya tulis balik. Lepas tu kertas tu koyak. Tapi... Tetiba ada lagi sehelai kertas tu tertampal dekat sebelah kertas yang terkoyak tadi tu. Jeng jeng jengg dari manakan beliau datang? 

Apa pun itu tandanya Allah masih beri peluang. Selagi saya tak mati saya masih boleh cuba padam lagi :')

Semoga Allah permudahkan. Allah lihat pada usaha. bukan pada hasil. janji ikhlaskan diri,dan cuba, kerana Dia. 
Ceh pujuk diri sendiri pulak  -.-'

Okay dah. Berbulan tak apdet blog tetiba semangat nak tulis something harini. Walaupun esok test biochemistry tapi kalau tak tulis sekarang nanti lupa! 

Jazakillah akak2 belgaum mysore bangalore bagai, saya dapat sesuatu yang sangat berharga 2 hari ni :)

dan dear Scooty, saya takkan sepak tayar awak lagi selepas ni. *tepuk2 manja kepala dia 

P/s : Segala contoh adalah tidak berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. InsyaAllah :p