Sunday, July 7, 2013

Tuna and A Bird

Harini bdae lina. :)

Seronok gila tengok sahabat2 semua celebrate bdae dia. takpasal aku pulak yang sebak. Entah, mungkin sebab nampak kasih sayang kitorang sekarang ni kerana Dia. Sebab aku dah faham sikit kot apakah makna 'I love you Fillah.' So tacing sikit eheh

Sanah Helwah Lina :D

 insyaAllah semuanya solehah belaka boleh buat bini

dan puas hati gua dapat sumbat muka depa dua dengan tepung

dan 4 kek beraneka perisa yang penuh dengan lemak tepu -.-

K sebab aku tak bnyak snap gambar, dah tutup cerita bdae Lina. Sekian

Harini daurah cerita pasal kisah bani Israel.

Alah takkan tak tau. Dalam Quran banyak gila cerita pasal dorang. Sekarang pun tengah femes lagi dengan kisah keganasan depa di Gaza. Dari dulu sampai sekarang, dan mungkin sampai akhir zaman nanti pun depa takkan berubah. Haihh

Oo ni cerita pasal yang depa pi mintak dekat Allah nak hari khusus beribadah. Allah pun dengan baik hatinya mengabulkan permintaan depa. Pastu bila dah dapat hari sabtu tu, Allah pun saje je la nak uji depa.

Depa ni kan tinggal kat tepi laut. tetiba nampak pulak banyak gile ikan yang mungkin seperti ikan selar kuning, ikan kembung, ikan buntal, ikan jos, dolphin, tuna dan sebagainya melompat2 riang di halaman laut depan rumah depa. Mana tak terliur tengok tuna brooo.*Tuna egg veg sedap gila kott. Dah tu ikan2 tu pulak sibuk nak melompat2 hari Sabtu. Weekend rasa nak berjimba agaknya~

Makanya mereka pun terlupa janji depa pada Allah. Tak jadik nak beribadah dan depa pun pergi menjala. Tak tahu lah terlupa ke, sengaja lupa ke. Tapi dalam kisah yang Allah cerita dalam surah Al-A'raf ayat 163-166 ni, ada 3 golongan yang Allah mention:-

1.  Depa yang terliur tengok tuna gemok gedempol dan pergi menjala
2.  Depa yang faham tujuan Allah suruh ikan2 tersebut melompat2 hari tu dan nasihatkan orang yang lapar tuna tu supaya jangan mungkir janji pada Allah
3. Depa yang mempersoalkan golongan 2 apasal sibuk2 nak nasihat golongan 1 yang kompem2 Allah murka pada depa.

Lalu golongan 2 pun menjawab,
"Agar kami mempunyai alasan kepada Tuhan-Mu, dan agar mereka bertakwa"

T.T

Vidio ni nak sampaikan mesej yang sama. Sila tonton dengan hati yang iklas


Begitulah. Makanya, kita ni nak jadik depa 1 ke 2 ke 3?
Tepuk dada slow2 je, dan tanyalah iman di hati anda~

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya (mulutnya). Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya (iaitu membenci kemungkaran yang berlaku) dan itulah selemah-lemah iman”  (Hadis riwayat Muslim)

Yang paling penting sekali, semoga bukan kita lah yang berbuat kemungkaran tu. Aminn Aminnn ya Rabbal Alaminnn

K sikit je pasal tu. Nah lagi satu isu hangat era kini.


Perghh ni serius berair mata gua tengok. Bak kata kak penyampai tadi, depa yang barisan depan skali siap bawak kain kafan. Sebab tahu itu panggilan jihad. Panggilan menegakkan agama Allah. Oh depa nak Syahid! :')

Dengan helmet kayu penyapu bagai, dengan adanya budak2 yang join sekali, aku terfikir, 'Kalaulah kat Mesia jadik benda camni, ada ke anak2 muda nak pakai helmet turun padang dengan kayu penyapu ke mop camni? Ada ke mak bapak yang kasik anak depa join benda yang marabahaya camni?'

Aku rasa mak aku pun tak bagi punya -.-'

Satu ayat akak tu yang tajam masuk dalam hati aku, "Ada ibrah yang kita boleh ambil dr kejatuhan Morsi ni. Allah nak kita jangan lengah2 bina Individu Muslim tu, sebab tengok dekat negara yang boleh kata betul2 Islam sendiri pun, rakyat depa still tak faham betul2 apakah Islam tu sebenarnya. So cepat2 lah bina IM supaya kita boleh tolong satu dunia yang tak faham Islam tu!"

Satu duniaaa. Woi satu dunia. Ingat senang tanggungjawab kita?

Jangan cakap Mesir, macamana pulak dekat Mesia yang remaja2 laki perempuan lepak sampai 4 5 pagi sama2 dekat mamak berbincang hal2 lagha dan langsung tak berfaedah?  Takpun yang dah semayang cukup, puasa cukup, pakai tudung baju lengan panjang semua, pastu dah rasa boleh masuk syurga?

T.T
Ah aku sendiri terasa Allah tengah menempeleng aku berkali-kali melalui ayat sang kakak tersebut.

Papehal pun aku sungguh tak puas hati dengan rakyat mesir ni. Muka pakcik Morsi tu punya lah suci, boleh depa tuduh diktator? Depa tak fikir ke nasib depa kalaulah pemimpin lepas ni tetiba cam Hosni Mubarak tu jugak? Tak pun tetiba dapat kejam gilo cam Bashar Asad ke. Tak takut nasib depa jadik cam Palestin? Syria?

Ah bengong sungguh.

K banyak membebel pulak baru2 ni. Semoga berjumpa lagi 3 minggu selepas raya nanti. (Baru habis exam masa tu wuuuuuuuwuuuu) InsyaAllah panjang umur kita berbicara tentang iman lagi.

Oh ya pesanan penaja, jangan menyampah dengan saya yang asyik membebel pasal agama. Walaupun saya masih tak pakai tudung labuh lagi, saya berharap usaha kecil saya ni lebih kurang macam usaha si burung yang cuba nak padamkan api tu.

Sama2 kita berubah untuk Allah. Untuk menjadi hamba Allah yang sebenarnya *wink2

 Salam Ramadhan semua :)

No comments: