Matahari memancar agak terik pagi Ahad itu. takpa mungkin banyak jugak vitamin D yg baik utk kulit, tapi malang sungguh untuk kulit sensitif yang susah nak putih balik bila dah blackout ni. berbekalkan tenaga dan keazaman membakar kalori nasi lemak pagi itu, aku dan Fathiah mengatur langkah bergaya ke padang. Fathiah semangat siap carik tips lagi nak tarik2 ni.
Oh ya pagi ini kami menyartai pertandingan Tug of War, atau bahasa femesnya, Tarik Tali. Blok 4 n 6 diberi nama blok merah, terdiri daripada 9 orang pelajar senior dan hanya seorang pelajar junior. mungkin sebab budak tu agak comel n baik, aku tak rasa nak menyampah dengan beliau seperti junior2 sebelum ini dan sekaligus kami pun tetiba je berkawan baik.
1st game, kami berjaya menarik dengan bersungguh-sungguh dan penuh bersemangat waja dan dengan mudahnya menewaskan kumpulan kuning. dan kami sangat yakin dengan kemampuan kami utk mara ke peringkat final. motto kami ialah, 'Just 2, no 3' yang bermaksud lawan dua kali pastu mng terus, tayah nak tiebreak2 ni :3
malangnya pada 2nd game, tetiba En. Amir meminta kami utk membuka kasut. katanya 'tarik tali manada pakai kasut woi.' padahal masa fes game tadi tak pulak dia cakap cmtu. mencik tau. yaa rupanya ada makhluk yg dengki kpd team kami n merepot hal tersebut. Kami saling berpandangan dan mula mempertikaikan apalah salahnya pakai kasut kalau pihak lawan juga berkasut. bukankah itu adil? namun yang tersebut d atas tetap dgn keputusannya dan kami sangat down kerana terpaksa bukak kasut. disebabkan grup aku ni terdiri daripada wanita2 solehah yang memang boleh buat bini *pm jika berminat*, maka kami, eh mereka tetap dengan pendirian nak pakai socks. En. Amir macam tak kasi memula, tapi bila ada awek tu sebut kaki tu aurat, dia pusing belakang terus. ngeheheh
ttiba aku merasa segan, sebab if aku la, takpa kot sekejap bukak socks. lagipun aku sayang socks panda yang baru dibeli di Giant semalam. masih baru dan berbau plastik Giant, dan aku amat sedih mengenangkan cik stoking panda yang bakal menjadi coklat dan busuk sebentar lagi. ya mungkin sebab masih tak tutup aurat dengan sempurna, jadi hati tu rasa degil lagi. Astagfirullahalazimm
dan akhirnya kami kalah berturut2 2 game n satu game tu tak sampai seminit pun. down mungkin, dan sebenar benarnya, memang licin nak mmpos pakai socks wey. dan kami sangat bengang dengan pembantu2 En Amir yg menggelakkan kami ketika jatuh tergolek dengan pelbagai gaya. ada jugak yang smpai bergolek naik atas badan peserta lain yand dah terjatuh kerana enggan melepaskan tali walaupun dah tergelincir. ish3 aku tak sangka main tarik tali pun tetiba boleh jadik macam main wrestling
akhirnya kami bersemangat semula selepas menggantikan Fathiah menjadi anchor, dan menang bergaya dan mudah walaupun memakai socks, dan anchor Fathiah yang perasan berat lah sangat kan. see licin2 pun, okay apaa. menang bergaya woi 'Just 2, no 3'
okay panjang pulak cerita ni.
ok pendekkan cerita, petang tu tetiba masa kami smpai dengan smangat membara utk final game, tetiba ada announcement game dah tamat, n mcm duit 5ringgit nek cab tadi adalah 5 ringgit utk membuang masa kami yg lagi 4 minggu nak a level ni. sume orang dah ngamuk kerana ada ura2 mengatakan kami tak mng langsung pon. bengang2. kalau kitorang dah kalah bagitau jela stret tayah nak suruh datang nak tengok orang amek hadiah tapasal. hampeh. eh maafkan saya emo pulak
pendek lagi cerita tetiba kami menang 3rd. dan sejurus sahaja memegang kotak botol air iskep tu, sume orang tersenyum gembira dan melupakan peristiwa mengamuk2 tadi. alah iskep je pun, macam lah lawan karisma nk emo2 -.-'
moral of the story, pakai socks, tutup aurat pun boleh main game la weyy. Alhamdulillah ada kawan2 macam dorang yang sentiasa mengingatkan ni:)
oh ya kerusi urut Rest n Go yg macam Ogawa tu seronok jugak utk dicuba.
The End.
1 comment:
ak johan,,,tutup aurat gak,,pakai seluar pnjang,,btw tahniah kerana berstokin ,,sbb aurat tu kan hak allah:)
Post a Comment