Sunday, June 2, 2013

Scooty ke Rayyan

'Ah, rosak lagi motor ni. Lahabau punya mekanik tak reti nak baiki elok2 ke. Bengong ingat aku bayar motor ni guna daun getah yang transparent tu ke?' saya menyepak tayar Scooty Pept merah 2nd hand yang baru dibeli tak sampai tiga hari.

nama awek baru saya Scooty. Sori tak macho seperti yang diharapkan

Sepakan saya membuatkan Scooty merajuk. Dan rosak lagi sehari selepasnya. Dan tak nak start enjin dia 2 hari lagi selepasnya.

Okay saja nak perkenalkan girlfren baru selepas cintaku Yamaha BEX dan si hijau tertinggal di Malaysia~

Harini saya baru pulang menyertai daurah dengan akak2 luar negeri India. bukan dengan depa je lah. ada ramai kawan2 saya yang lain. Dengan Scooty lah Allah izinkan saya tiba di Rayyan (nama sebijik rumah) Tajuk dia? Malam tu Ghazwul Fikri, or kate orang melayu Serangan Pemikiran. Siangnya pula pasal Jahiliyyah. 

Jahiliyyah tu apa?
Jahiliyah = Mr. Jahil and his wife Mrs.Liyyah?
Kalau jawapan skema SPM, seingat saya maksudnya bodoh, lebih kurang camtu lah. Sapa tak dapat A SPM memang sebab dia tak baca buku. Eh tapasal

Alah jahiyah tu ade mase zaman dolu2 je, zaman yang orang arab tanam anak pompuan, main perempuan, minum arak bagai..

Okay2 tapi sekarang, macam lah takde pulak bunuh anak tu? minum arak? main perempuan? merompak membunuh meragut merogol membakar membom mengerat 18, dan macam2 lagi? Malah lagi dashattt dan mengerikan dan meloyakan lagi.

Sistem pendidikan kat mesia, apasai depa splitkan skolah agama dengan kebangsaan? 
Sistem perundangan. apasal asing mahkamah sivil dengan syariah?
Sistem muamalat. Apasal ade bank islamic, ada bank convensional? (Err Convensional tu apa? Wujud ke?Main taram je sebut haha)
Sistem pengadilan. Apasal tak hukum pesalah ikut hukum Islam?  Kenapa kata hudud menzalimi sedangkan tak tahu pun camna sistem hukum hudud tu sebenar-benarnya?
Sistem pemerintahan. Awat rambut wife PM kita cam Marilyn Monroe? Kalau dia blond sikit kompem serupa. Eh nampak rambut? Dia tak pakai tudung ke?

Ah sudah masuk politik pulak. Cukup2 kang kene tarik scholar mati gua. 

Kata Islam itu DEEN. Cara hidup yang menyeluruh. Kenapa perlu asingkan sistem2 tersebut di atas?
Zaman apa sekarang ni? New era of Jahiliyyah?

Saya lap badan Scooty yang kotor berhabuk.

Yess nampaknya begitu lah yang saya rasakan kini. Tade lah new sangat. Serupa je apa yang depa buat dengan orang zaman sekarang buat, cuma cara cam pelakunya moden sikit kot. Zaman teknologi la katakan..

Selain itu, definition jahiliyyah yang saya dapat lagi tadi - segala benda yang mendeviatekan kita dari mengingati Allah.

kita kat zaman jahiliyah la wey skarang. Tengok kawan2. Eh tak, silap. Tengok diri sendiri lah. Banyak tak jahiliyah tu dalam diri?

Contoh : tengok drama korea jiwang2, layan running man dan gelak 2 jam depan laptop, berangan sebelum tidur dapat kahwin dengan Tom Cruise dan beranak dapat anak perempuan comel gila cam Suri Cruise, mesej2 dengan kawan selain jantina anda dengan alasan supaya tak mengantuk masa tengah baca buku (segar sikit bila ade orang mesej), dress up depan cermin sampai setengah jam padahal nak pergi kelas je pun dan bla bla bla bla

Belajar pun boleh jadik jahiliyah. Awatt?? Bila dah masuk waktu azan pun still tak tutup buku dan pergi amik air wuduk dan solat. Belajar sampai pukul 2 3 pagi pastu bangun subuh lambat. Bagi alasan tak nak pergi usrah sebab nak belajar. Belajar pastu lupa pastu blank masa jawab pekse pastu menyumpah blame otak sebab lembab tak dapat ingat benda yang baru baca 10 minit before masuk hall. Belajar sambil makan choki2. Eh

Astaghfirullah. Itu baru sikit. itu baru yang berani nak declare public2 macam dalam blog camni. yang tak berani nak declare? Yang hanya Dia dan si pelaku yang tahu?

Jahiliyah kita ni dalam hati. Selagi mana hati kita tak bersih dari karat2 jahiliyah, sampai tu lah kita still dalam zaman kegelapan. Belum sampai Renaissance. Dan mungkin takkan nampak cahaya pun.

Oh kalau nak letak Allah dalam hati, tak boleh ade jahiliyyah2 tersebut menyibuk. Nanti dah takde space untuk Allah. Macamana Allah nak masuk? Sampai hati biarkan Allah compete dengan benda2 tak guna tu. T.T

Lagi2, keikhlasan kita nak letakkan Allah dalam hati kita, kene sesuci susu. kenapa susu?

susu asal dari darah. tak kisah lah susu manusia ke susu lembu ke, yang secrete dia still mammary gland tu. Tapi kenapa kaler dia putih? Putih gila yang tak tercemar langsung. Kata asal dari darah?

okay saya tak belajar dalam anatomy camna susu tu boleh takde kale merah tapi begitu lah nak cakap. keikhlasan kita nak cari Allah, kene suci macam susu tu. tak boleh lah nak cemarkan dengan darah. kalau dah tercemar mana lah kita nak minum susu kale merah2 gitu. heww

Eh jap rasanya bukan camni yang akak Belgaum tu nak sampaikan. Lupa kalau saya ingat saya betulkan. Hehe


tengok video mat lutfi ni buat pasir masuk mata. Sebab saya banyak dosa. Sebab list jahiliyyah saya masih banyak tertampal di board meja saya, tapi saya susah sangat nak padam dia. 

Saya padam. tapi saya tulis balik. Lepas tu kertas tu koyak. Tapi... Tetiba ada lagi sehelai kertas tu tertampal dekat sebelah kertas yang terkoyak tadi tu. Jeng jeng jengg dari manakan beliau datang? 

Apa pun itu tandanya Allah masih beri peluang. Selagi saya tak mati saya masih boleh cuba padam lagi :')

Semoga Allah permudahkan. Allah lihat pada usaha. bukan pada hasil. janji ikhlaskan diri,dan cuba, kerana Dia. 
Ceh pujuk diri sendiri pulak  -.-'

Okay dah. Berbulan tak apdet blog tetiba semangat nak tulis something harini. Walaupun esok test biochemistry tapi kalau tak tulis sekarang nanti lupa! 

Jazakillah akak2 belgaum mysore bangalore bagai, saya dapat sesuatu yang sangat berharga 2 hari ni :)

dan dear Scooty, saya takkan sepak tayar awak lagi selepas ni. *tepuk2 manja kepala dia 

P/s : Segala contoh adalah tidak berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. InsyaAllah :p