Monday, July 9, 2012

awek dan motor yang rosak

satu benda paling tak bes bila jadik awek ialah bila kau awek dan motor kau rosak tepi jalan. pastu stat ah blurr tatau nak buat camna dan akhirnya adalah kaum2 tidak sejenis yang buat muka macho nak menolong. n tetiba kau jadik centre of attraction di kalangan kereta2 motor2 yang lalu tepi jalan tersebut. sebagai contoh, kalau ada manusia dalam kete ke motor ke nampak awek dengan motor yang rosak, walaupun awek tu tak cun, mesti dorang cakap 'siannya awek tu. dahlah perempuan, motor rosak pulak.' yaa ini berlaku sebab wanita dikategorikan sebagai makhluk yang lemah dan blurr pasal benda motor engine bagai ni. try la test kat bapak abang adik korang ke, serius dorang ckp cmtu nnt. 


Yamaha aku buat problem pulak harini. aku lah salah sorang awek tu hikhik. ok rasa nak lempang kan

sebenarnya bukan rosak pun. rantai tercabut je pun. gigi sepoket dia dah tak tajam2 n rantai pun loose semacam. aku baru kenal menatang sepoket tu hari ni. dan bila gugel sebenarnya nama dia sprocket. maaf terpronounce melayu habiss

nseb bek bengkel cuma beberapa puluh tapak kaki dari tempat kejadian. dan dengan machonya aku menolak motor tersebut tanpa mengucapkan thankyu kpd abang tadi sebab dia dah merosakkan reputasi abang baik yang ikhlas menolong awek dengan bertanya rumah aku blok mana satu. mungkinkah dia nak datang curik arnab aku??

haa lagi satu benda tak bes bila jadik awek ialah bila kau tengah tunggu motor kau kene operate, n kau takda benda nak buat apatah lagi bila ur phone isnt smartphone android touch2 beri2 bagai yang boleh bukak fesbuk apdet status or twitter untuk bertweet2 keadaan yang sedang berlaku ataupun bermain angry bird.

tapi satu benda yang bes bila kau jadik awek ialah bila kau hantar motor kau pegi workshop n buat muka innocent sikit n abang tersebut terus cas murah. eheh manada tipu je. abang tu dah kenal aku memang la dia kasik murah hikhik tenkiu abang. ill continue to be ur loyal costumer until the end of my yamaha's life

tetiba kann aku rasa sapa yang keje kat workshop ni cool ohh. yelah role dorang cam doktor apaa :p

Saturday, July 7, 2012

ketuaan

betahun tak jumpa sedara mara kat jb tu, tetiba rini kena salam peluk2 laga pipi ngn dorang. dah setel pastu stat ah awkward tatau nak cakap apa. last2 end up melepak basuh pinggan dengan budak2 catering yang entah sesapa jelah depa tu. 

dulu macik2 aku tu awek2 hot. skarang dah kawen dah. pastu badan dorang terus meletup2 macam arnab aku 2 minggu selepas bagi makan tanpa henti. serius dah tak dapat cam dah. pastu yang dulu sama tinggi, sekarang tetiba cam giant and the beanstalk. yang dulu baby kiut2, tetiba jadik budak besar aswad yang kacak. cis hensem gila budak2 pakai baju mlayu lipat lengan smpai siku. macho siot haha

and me? im 20. and im old. nak makan lolipop yg comel2 warna warni tu pun kena marah sbb bajet kiut. stress betul. 

k merajuk babai


Sunday, July 1, 2012

1.7.12

berbulan lamanya tak exercise tak lari tak buat apa2, harini berjaya menyeludupkan diri sendiri pegi climb. tapi taklama pastu tetiba fedap dgn kegagalan memanjat dengan penuh gaya. rasa loser gila manjat sparuh pastu dah main pelangi dengan batu2 tu. lagi loser bila tak larat terus mintak nak turun. haiyaa iqlimaa yu manyak berat wooo 

pastu terfikir bila lagi lah boleh pegi climb. ni pun bleh kluar sbb pg tadi g shalam. pastu tetiba terpaksa create story jumpa Faizah, dia ajak g makan kat putrajaya, pastu g tengok bunga dengan bot warna warni. ahh penipu penipu! bukan dengan faizah je la, ada makhluk lain jugak!

pastu terfikir kalau la tetiba umur tak panjang, mmg ada calon2 anak derhaka ni. nauzubillah

mengenangkan nasib dilahirkan sebagai seorang wanita dan dalam keluarga yang agak baik2, aku rasa besalah pulak dengan diri sendiri, dgn ibu ayah, dengan org2 yang treat aku mcm aku baik sangat.  kalo la ayah aku tau aku g manjat2 dinding macam orang takde keje, mesti dia tanak ngaku anak. kalo dia tau aku salu kuar malam masa kat intec siap lompat2 pagar nak masuk kolej pukul 1 2 pagi, mesti dia boleh kena heartattack. kalau la dia tau macamana aku bekawan dengan bdak2 laki, mmg dia paksa kawen terus kot

n kalau lah dia ada fesbuk, abes la gua kena sepak-sepak sbb gambar macam haramm nampak sangat tak jaga ikhtilat. siap cm bridal photoshoot pon ada.

aku rasa aku belum move forward lagi. benda2 camni pun takleh handle lagi, haihhh susah2.

oww tadi aku faizah dan daddy kitorang gi tengok floria skali. it was supposed to be super awesome but bcos of my eveningsickness i dont feel like enjoying the scenery. ahh bad 

k dah sakit kepala kena tidur sekarang. i wish Spain will win tonight :)