Thursday, April 26, 2012

They Are True Muslims

semalam interview tetiba cuak bila dengar ada yang kena tanya pasal syria. current issue kan, tapi aku bukan tau sangat pun. maklumlah paper tak baca sangat, dah tu bukak youtube nak tengok korea, bukak fesbuk nak stalk2 orang bukak twitter takreti guna pulak -.-', n tak bukak intenet pun boleh melagha tengok running man. 

aku pun sebenarnya malas nak amik tau pasal benda ni. yelah bukan sebab tak kisah, tapi kalau bukak cerita pasal benda ni je dah boleh nangis sampai pengsan  *over pulak*. benda2 kekejaman, tak berperikemanusiaan ni, aku rasa takda orang yang suka unless memang dah hati dah tetutup langsung, hitam kotor, legap.tapi masalahnya kena tahu jugak. hei lenkali klo tak nak amik tau jangan mengaku kita Muslim okay *lalu aku berkata pada diri sendiri*

then aku pun try la klik2 kat link2 budak2 post kat fesbuk tu. ahh sudahhh .bila tengok video kejam2 dorang maen seret2 orang dengan kereta, tanam hidup2, tembak sampai berkecai2, aku rasa tak layak gila nak bergelak ketawa kat mesia ni. sedangkan kat sana tu saudara sendiri, dan kita tak mampu buat apa2 selain doakan dorang. tak habis lagi video tu aku dah cross awal2. satgi banjir susah pulak. sakit weyy sakittt, tengok pun sakit apatah lagi dorang yang rasa sendiri

sedih kan tengok saudara kita dekat syria sana kena belasah macam dorang bukan manusia je. aku pun tak tahu kalau aku aku tempat dorang, mampu ke tak aku ucap kalimah syahadah dan rela kena tanam hidup2, dah la siap ada kamera buat broadcast lagi tengok camna kau mati. entah sanggup ke tidak aku mengaku masih Islam dalam keadaan yang kejam tak terkata tu. haihh i dont understand how come human can be so unhuman by losing their humanity 

dah tu setakat nanges2 kat sini pun tak guna jugak. apa kita boleh buat? kurangkan buat dosa, ingat mati, insaflah cepat sebelum tetiba mesia pun jadik camtu, iman kita goyah dan tanak mengaku siapa Allah pada kita. Nauzubillah 

they have proved theyre real Muslims, how bout us? 

kawan2 lets pray together, for them and for us too :'(


Tuesday, April 17, 2012

Daun Sup dan kembarnya

wanita dan dapur adalah sesuatu yang agak sinonim dalam masyarakat melayu. tetapi baru2 (takde lah baru sangat) kaum wanita yang terer masak dah semakin pupus. kurang2 pun dorang reti masak nasik, goreng telur, goreng ikan bilis je. spesis2 wanita ni semakin dormant, dan mempasskan allele tak reti masak kepada next generation. e maaf correction, mungkin allele pemalas nak belajar masak. jadi mungkin tak boleh salahkan dorang 100% kenapa mereka tak pandai masak. dah gene macam tu nak buat cmna kan kan kan?

sabtu lepass pegi pasar malam. mak aku kirim daun sup. smpai2 gerai pacik tu, aku nampak sederet daun2 yang mcm daun sup. alah salu jugak mak aku suruh potong2 masa nk buat cekodok. tapi ada 2 longgok, rupa tak tipu memang dekat sama mcm daun sup. dengan konfiden aku capai yang sebelah kiri satu ikat, sebab yg belah kanan tu nmpk cam tak comel je heheh

tetiba pacik tu tanya, 'Ni tau ke nak beli apa ni? ni daun ketumbar tau.' tapi dia cakap sambil sengih2. aku blurr 3 saat. pastu dengan separa konfiden aku terus amek n bayar singgit kat dia. ddalam hati, aku rasa mcm penah dengar ketumbar tu. dia bukan bijik2 ke? pacik ni tipu ni. ah pacik zaman sekarang memang suka menipu. tak baik sungguh.

dan aku berlalu smbil membau2 daun benda alah yg aku beli tadi. betul kan daun sup? ahh konfiden2. aku pun pulang ke rumah dan memberikan daun tersebut kepada mak aku. dia tak tengok pun terus suruh aku masukkan dlm peti ais. 

setelah berlalu tiga hari, tetiba petang tadi aku cerita pasal ni kt fathiah. dia kata 'Apasal pacik tu nak tipu? aku pun macam penah dengar daun ketumbar tu. cuba kau gugel.' dan hasilnyaaa

source : google

ah sudahhh. mati2 aku ingat ketumbar tu benda hitam keras2 bijik2 kecik2 halus2. wujud rupanya daun dia. aishh habes la mak aku masak cekodok daun ketumbar esok.

moral of the story, agak2 takreti masak tu belajar la. huduh benar perangai anak dara yang daun sup dengan daun ketumbar pun tak tau nak beza. lagi teruk tak tau kewujudan dia di bumi nyata ini. boleh lupakan hasrat anda nak kawen awal. aa lagi satu jangan sesedap oren nak menuduh pacik jual sayur menipu tentang sayur yang anda nak beli. berdosa tahu

sekian wassalam

Sunday, April 15, 2012

cinta dan airmata

cinta tak kesampaian.

kecewa sungguh menatap wajahnya di astro awani tadi. sia2 hari2 aku bangun pagi nak tengok muka dia kat tb baca berita. hari2 aku mimpi dia sebut nama aku masa akad. tapi y??? y her? y u betray me? n my forever alone love?

takpa la ashwad. nanti kat syurga kita kawin eh :')

kahwin elok2. kalau nak carik yg 2nd jangan lupa roger2 federer saya di sini <3

Monday, April 9, 2012

Tug of War, Socks and 3rd Place

Matahari memancar agak terik pagi Ahad itu. takpa mungkin banyak jugak vitamin D yg baik utk kulit, tapi malang sungguh untuk kulit sensitif yang susah nak putih balik bila dah blackout ni. berbekalkan tenaga dan keazaman membakar kalori nasi lemak pagi itu, aku dan Fathiah mengatur langkah bergaya ke padang. Fathiah semangat siap carik tips lagi nak tarik2 ni.

Oh ya pagi ini kami menyartai pertandingan Tug of War, atau bahasa femesnya, Tarik Tali. Blok 4 n 6 diberi nama blok merah, terdiri daripada 9 orang pelajar senior dan hanya seorang pelajar junior. mungkin sebab budak tu agak comel n baik, aku tak rasa nak menyampah dengan beliau seperti junior2 sebelum ini dan sekaligus kami pun tetiba je berkawan baik.

1st game, kami berjaya menarik dengan bersungguh-sungguh dan penuh bersemangat waja dan dengan mudahnya menewaskan kumpulan kuning. dan kami sangat yakin dengan kemampuan kami utk mara ke peringkat final. motto kami ialah, 'Just 2, no 3' yang bermaksud lawan dua kali pastu mng terus, tayah nak tiebreak2 ni :3

malangnya pada 2nd game, tetiba En. Amir meminta kami utk membuka kasut. katanya 'tarik tali manada pakai kasut woi.' padahal masa fes game tadi tak pulak dia cakap cmtu. mencik tau. yaa rupanya ada makhluk yg dengki kpd team kami n merepot hal tersebut. Kami saling berpandangan dan mula mempertikaikan apalah salahnya pakai kasut kalau pihak lawan juga berkasut. bukankah itu adil? namun yang tersebut d atas tetap dgn keputusannya dan kami sangat down kerana terpaksa bukak kasut. disebabkan grup aku ni terdiri daripada wanita2 solehah yang memang boleh buat bini *pm jika berminat*, maka kami, eh mereka tetap dengan pendirian nak pakai socks. En. Amir macam tak kasi memula, tapi bila ada awek tu sebut kaki tu aurat, dia pusing belakang terus. ngeheheh

ttiba aku merasa segan, sebab if aku la, takpa kot sekejap bukak socks. lagipun aku sayang socks panda yang baru dibeli di Giant semalam. masih baru dan berbau plastik Giant, dan aku amat sedih mengenangkan cik stoking panda yang bakal menjadi coklat dan busuk sebentar lagi. ya mungkin sebab masih tak tutup aurat dengan sempurna, jadi hati tu rasa degil lagi. Astagfirullahalazimm

dan akhirnya kami kalah berturut2 2 game n satu game tu tak sampai seminit pun. down mungkin, dan sebenar benarnya, memang licin nak mmpos pakai socks wey. dan kami sangat bengang dengan pembantu2 En Amir yg menggelakkan kami ketika jatuh tergolek dengan pelbagai gaya. ada jugak yang smpai bergolek naik atas badan peserta lain yand dah terjatuh kerana enggan melepaskan tali walaupun dah tergelincir. ish3 aku tak sangka main tarik tali pun tetiba boleh jadik macam main wrestling

akhirnya kami bersemangat semula selepas menggantikan Fathiah menjadi anchor, dan menang bergaya dan mudah walaupun memakai socks, dan anchor Fathiah yang perasan berat lah sangat kan. see licin2 pun, okay apaa. menang bergaya woi 'Just 2, no 3'

okay panjang pulak cerita ni.

ok pendekkan cerita, petang tu tetiba masa kami smpai dengan smangat membara utk final game, tetiba ada announcement game dah tamat, n mcm duit 5ringgit nek cab tadi adalah 5 ringgit utk membuang masa kami yg lagi 4 minggu nak a level ni. sume orang dah ngamuk kerana ada ura2  mengatakan kami tak mng langsung pon. bengang2. kalau kitorang dah kalah bagitau jela stret tayah nak suruh datang nak tengok orang amek hadiah tapasal. hampeh. eh maafkan saya emo pulak

pendek lagi cerita tetiba kami menang 3rd. dan sejurus sahaja memegang kotak botol air iskep tu, sume orang tersenyum gembira dan melupakan peristiwa mengamuk2 tadi. alah iskep je pun, macam lah lawan karisma nk emo2 -.-'

moral of the story, pakai socks, tutup aurat pun boleh main game la weyy. Alhamdulillah ada kawan2 macam dorang yang sentiasa mengingatkan ni:)

oh ya kerusi urut Rest n Go yg macam Ogawa tu seronok jugak utk dicuba.

The End.