Wednesday, February 27, 2013

goodbye to Malaysia

emosi makin tak terkawal semenjak dua menjak ni. yaa ini semua salah cuti yang pendek sangat. tak sampai sebulan pun kot, marah betul gua. ish tak baikk. sepatutnya kita bersyukur dengan kesempatan yang ada. kan kan

beratnya hati nak balik. sobss

aswad ni pulak memang semacam angin dia bila lagi dua tiga hari aku nak berangkat. manja semacam, sensitif nak mampos kalau kena marah sikit, tetiba backhug pastu cium bertalu2. ayah aku siap pesan baju yang aku pakai harini simpan masuk plastik. kalau dia demam rindu aku, sapu baju busuk2 tu kat muka dia sampai pengsan haha *teruk betul petua orang tua-tua ni.

kuasa Allah kan. dalam ramai2 family aku tu, dia paling rapat dengan aku *nanges

ibu pulak sibuk risaukan barang aku tertinggal ke hapa ke. lama dia duduk dekat kabinet dapur tu nak carik rempah perencah bagai nak bagi aku bawak. pastu masa aku keluar bilik nak minum air pukul 1230 malam tadi, dia tengah duduk depan beg aku sambil termenung. 

ohh itu memang tacing *nangis lagi

dan aku pasti termimpi-mimpi c-bit d-bit dan e-bit. semoga depa selamat dan tak dibaham anjing. aminn

aku juga mesti merindui surat khabar yang rasanya 80% cerita pasal politik. demam PRU la katakan. sedih jugak lahir lambat tak sempat nak undi pos. takpelah. semoga pihak yang memperjuangkan agama Islam menang pilihanraya kali ni. eh obvious sangat pulak. maaf

sampai2 manipal, aku berfikir untuk mengaktifkan ion dan skype ngan family ku tercinta. walaupun aku bukan anak manja, tapi aku tau aku ni antara anak kesayangan depa jugak xD

dan selepas skype kita boleh menonton runningman sekejap. eh

dan seharusnya selepas itu start membuka buku yang kompem2 berhabuk kat meja tu. aku sememangnya harus menerima hakikat. dah jadik medical student kene jadik nerd dan rajin okay

esok perjalanan yang agak panjang akan bermula semula. doakan kami selamat tiba.

menuntut ilmu itu juga adalah jihad fi sabilillah, semoga Allah memberkati niat dan usaha kami :)

Wednesday, February 6, 2013

kekoreaan

keobsessan aku terhadap korea semakin memudar disini. kimchidrama pun dah shut down since aku sampai di sini, makanya hati ini berasa kurang bersemangat utuk menonton drama2 kurang berkualiti di dramazrazy dan dramaload dan sebagainya. err kurang bersemangat. bukan tak semangat langsung okay

semenjak kehilangan teman (fathiah) untuk menonton cerita korea baru di bumi India ini, aku lebih seronok mereplay cerita-cerita lama seperti Cinderella Stepsister. dan tidak lupa tuala kecik bersama biskut oreo untuk menenangkan hati yang lara masa menonton cerita tersebut. dan kesudahannya setiap episod lah tuala kecik basah *blush

oh cerita ni memang mantap. kau ulang lah banyak kali komfem nangis punya. dan awek dia sangat comel. dan paling penting bukan plastik macam awek2 hidung mancung mata bulat yang lain.

kalau bukan kerana desakan abang aku dan aiman yang asyik memaksa mendonlod cerita2 tunang2 mereka, memang dah lama aku stop tengok cte korea ni. boleh pulak depa punya taste sama? err boleh kata taste kitorang 3 orang sama sebenarnya -.-'

oh cakap pasal sama sama ni, mesti aku tertanya tanya pasal benda ni.

mengapakah aku sentiasa nampak hafizul dalam pijoo =.=' 

nickname sama, perangai sama, baju depa pun nak sama jugak?

adakah ini jodoh aku dan pijoo?? hikhikhik
mati gua kalau pijo baca. maaf pijo tak behave

ah lupakan. aku berharap balik india nanti aku boleh stop terus menonton cite2 yang sebenarnya tak berfaedah ni. berharap. aminn

kini aku akan cuba menyukai video Satessh Nayak yang boleh tahan comelnya. dan beliau berambut korea!