Sunday, November 25, 2012

eyebag dan faizah

helo2

lama dah tak apdet. maklumlah bizi. bizi dia bukan bizi biasa2 macam masa kat intec dulu. tapi bizi yang kau rasa nak tampal notes satu dinding bilik sampailah ke bilik air supaya every tapak2 yang ditapakkan oleh kaki kau tu, kau boleh baca benda2 nerve2 artery2 muscle actions bagai tu. err exaggerate sikit. namun begitu aku masih punya masa untuk berkorea. itu pasti.

dan kemudian disebabkan kebizian tersebut, mata kami semua jadik macam kena tumbuk kiri kanan. down, macam gangster dah lebam2 mata ni.

aku memang tak menyalahkan study yang menyebabkan mata aku jadik hitam2 gini. tapi time exam tu serius stress. aminurul dengan dongni tu study hard nak mmpos sampai pukul 3 4 pagi. aku ni dah la yang paling bodo nak compare ngn dorang, takkan nak buat2 tak rajin pulak. tapi mak aku tak kasik tido lambat sangat. kan dosa lawan cakap mak, so aku memang against tido lambat2 ni. masalahnya ialah aku tapenah boleh buat keputusan sendiri utk bangun, tutup buku dan balik bilik sendiri dan membungkus diri dalam selimut dan tido. ciss tatau sampai bila nak jadik undecisive -.- yaa itu point pertama untuk sebab kewujudan eyebag!
#1 undecisive

lagi aku rasa bila aku lapar, tidur aku jadik tak lena. tetengah malam tetiba terbangun mimpi aswad tengah makan crabby patty. tak pun lapar, pastu teringat rumah, pastu homesick, pastu nangis pastu tidur pun dengan mata bengkak2.
#2 homesick

boleh cakap seumur hidup aku memang tapenah la hidup tak berkongsi bilik dengan orang. sampailah masa aku kena tidur sorang2 dekat hotel bangalore yang besar gedabak dan mewah tu sebab syairah tersangkut dekat bombay, dan juga bila aku jejak kaki dekat teratak paling ujung tingkat paling atas ni, baru aku sedar bilik ini, aku sorang yang punyaa. yeahh tayah kongsi bilik dengan orang xD namun masalah besar timbul bila aku pemalas sangat nak kemas bilik dan bilik jadik super besepah dan aku stress dan aku jadik tak lena tidur. kalau ada oltromen masuk bilik ni, mesti dia fire2 aku sebab bengang apasal pemalas sangat
#3 bilik bersepah mengundang ketidaklenaan

oh ya ini ialah sebab utama. tiada bantal guling empuk seperti iklan workshop smartshop di malaysia yang boleh menghilangkan kepandaan mata ini. bantal guling yang ada pun, kalau empuk memang kontot, tak boleh nak peluk buat tidur pun. jadik malam2 aku gulung tuala dan peluk dia macam bantal guling. yes this is pathetic. sampailah bila aku pegi mangalore petang tadi, aku pun terbeli menatang ni.

say hi to Faizah (surname is otw)

tadaa!! oh mungkin memang kedengaran lagi lah pathetic sebab beli sendiri menda alah ni, bukan orang bagi. tapi saya beli sebab nak buat peluk tidur saja okayy. comel sikit tidur peluk teddy bear, pastu bangun tidur seret dia sekali pegi amek tuala yang sangkut tepi almari *berimaginasi
oh yaa tau malaikat tak masuk bilik sebab ada patung, tapi salahkan aminurul. dia yang paksa aku beli tadi. aku kan undecisive, so tepaksa la beli. heheh

ni lah topik utama post ni sbenarnya. heheh dia adalah minatang peliharaan kedua selepas doraemon yang tamat hayatnya 15 tahun lepas bila ayah koyak2 atas sebab yang, dah dilupakan pun sobss. sian doremon kan kan.

last but least, nasihat saya sila pastikan mata anda tidak panda seperti saya. pakailah fair n lovely dekat tempat gelap2 bawah mata tu kasik cerah sikit.

sekian


nota kaki comel : i miss malaysia

No comments: