Thursday, August 16, 2012

mari bersihkan sawang

wah nak raya dah! *bersihkan habuk n sawang*

harini saya ada cerita sikit pasal HIKMAH. maklumlah mood baru lepas amek result :3

before ni if fel ape2 exam ke tak menang cabutan bertuah ke ke frust bercinta ke, orang2 sekeliling akan cakap 'ada hikmah tu, bersabar lah.' tapi setakat ni sampai sekarang aku rasa belum nampak lagi hikmah2 untuk apa yang penah jadik kat aku. oh bukan2! bukan bab putus cinta tu. ni tengah cakap pasal examlah! ok sambung, i mean belum lagi lah nak nampak kesan dia kan. then ayah aku bukak cerita pasal dia zaman jahiliyah dulu2. susah jugak dia nak cerita detail2 pasal zaman muda dia. aku pun tak paham napa. mungkin ada la yang dia tanak kitorang tau pasal past dia.

dia ckp dulu before dia keje masjid, dia cam budak2 zaman skang jgak. smoking bekotak-kotak, pakai sluar yankee, rambut panjang afro lagi, merayau sana sini siang malam kalo tak keje. maklumlah muda remaja lah katakan. aku pun tak expect dia penah macam tu dulu xD.
then masa dia keje kontrak dekat kedah, dia eksiden kena hempap batu bata. 6 bulan kat sepital, setahun baru boleh turun katil betul2 nak berlari-lari balik macam dulu. berbulan2 jugak dia rasa give up, patah hati sebab tak dapat buat keje pape nak hantar duit kat mak ayah at kampung, rasa useless, menyusahkan orang, monyok je sepanjang sakit tu. dah lah tade awek lagi masa tu. pastu masa baring2 layan sakit kat spital, bosan lalu dia baca paper, n dia terbaca iklan nak pekerja kat masjid ukm. then tatau apsal dia pun apply.

the end.

moral of the story, if ayah aku tak eksiden, dok sepital tak keje setahun tu, dia takkan ada masa baca paper, takkan terbaca iklan tu, and takkan terdetik pun nak apply keje masjid. then dia takkan jumpa mak aku, dan akibatnya aku pun tak wujud. haa kan tak bes kalau aku tak wujud. mungkin jugak dia masih berambut afro dan berseluar yankee ketat macam dulu -.-'. nooo pliss noooo never2 pliss!

see  kita maybe tatau bila kita nak nampak kesan yang orang cakap 'hikmah' tu. macam ayah aku, bepuluh tahun baru nampak hikmah di sebalik eksiden yang dashat tu. kita pun maybe macam tu, takkan nampak kesan dia sekarang, tapi masa depan nanti, mana tahu Allah akan balas balik dengan benda yang kita sendiri tak pernah terbayang nak dapat.

so untuk aku dan kawan2 yang tak berapa bernasib baik ni, lets just believe in Him. He always knows much much better than us. asalkan kita usaha, tak putus asa, takde sebab nak bersedih sepanjang hidup. sokay cry it out loud and then try to forget. insyaAllah, Hes always with us :)

No comments: