Saturday, September 8, 2012

im still a happy bubble #1

i dont want them to leave, but i cant stand seeing them waiting. so i send them away. n yess im always hensem n lejen :p

flight pukul 10 malam nnt. lama lagi nak tunggu ni. mungkin boleh naik turun lif sampai bosan.

rasanya tak begitu normal memblogging di klia. nanti kita cerita panjang2 eh. doakan saya selamat pergi dan kembali

India here i come!!! :D

1753 KLIA <3>

Friday, August 17, 2012

telepon

petang tadi kedua-dua tepon aku mati sebab abes bateri. maklumlah insan pemalas macam aku ni mmg pemalas nak cas tepon. membazir elektrik kata gua. dah tu akulah insan malang yang di call En. Azriey tepat pada pukul 4 petang, time yang sepatutnya dia dah otw merentasi lebuhraya putrajaya pulang ke rumah. mungkin lah. tak pun tengah makan snek petang?

tapi gua bengang betul dengan en. azriey tu. dah la aku tengah bizi mengupas bawang, ada dia kol macam lah kitorang dah kenal lama. 'Hello, ni Azriey ni.'  aku dah blurr sapa pulak kawan aku nama Azriey. 'apasal awak tak kol saya?' nak marah2 sebab tak kol  macam aku bini yg g shoping tak bgtau pulak tu. pastu baru teringat bdak2 ni sibuk cakap pasal jpa officer nama azriey. nseb bek aku tak sembur pacik tu. dah tu dia sempat plak gi bebel sebab tak dapat kol selepas bebelas kali mencuba. lepas cas tepon,g cek ibu ayah punya tepon, haah la dengan maxis celcom no mak bapak aku skali dia buat miskol 3 4 kali setiap satunya. mantap.

moral of the story, walaupun anda single, jangan lupa cas tepon. menyusahkan orang betul anda ni

Thursday, August 16, 2012

mari bersihkan sawang

wah nak raya dah! *bersihkan habuk n sawang*

harini saya ada cerita sikit pasal HIKMAH. maklumlah mood baru lepas amek result :3

before ni if fel ape2 exam ke tak menang cabutan bertuah ke ke frust bercinta ke, orang2 sekeliling akan cakap 'ada hikmah tu, bersabar lah.' tapi setakat ni sampai sekarang aku rasa belum nampak lagi hikmah2 untuk apa yang penah jadik kat aku. oh bukan2! bukan bab putus cinta tu. ni tengah cakap pasal examlah! ok sambung, i mean belum lagi lah nak nampak kesan dia kan. then ayah aku bukak cerita pasal dia zaman jahiliyah dulu2. susah jugak dia nak cerita detail2 pasal zaman muda dia. aku pun tak paham napa. mungkin ada la yang dia tanak kitorang tau pasal past dia.

dia ckp dulu before dia keje masjid, dia cam budak2 zaman skang jgak. smoking bekotak-kotak, pakai sluar yankee, rambut panjang afro lagi, merayau sana sini siang malam kalo tak keje. maklumlah muda remaja lah katakan. aku pun tak expect dia penah macam tu dulu xD.
then masa dia keje kontrak dekat kedah, dia eksiden kena hempap batu bata. 6 bulan kat sepital, setahun baru boleh turun katil betul2 nak berlari-lari balik macam dulu. berbulan2 jugak dia rasa give up, patah hati sebab tak dapat buat keje pape nak hantar duit kat mak ayah at kampung, rasa useless, menyusahkan orang, monyok je sepanjang sakit tu. dah lah tade awek lagi masa tu. pastu masa baring2 layan sakit kat spital, bosan lalu dia baca paper, n dia terbaca iklan nak pekerja kat masjid ukm. then tatau apsal dia pun apply.

the end.

moral of the story, if ayah aku tak eksiden, dok sepital tak keje setahun tu, dia takkan ada masa baca paper, takkan terbaca iklan tu, and takkan terdetik pun nak apply keje masjid. then dia takkan jumpa mak aku, dan akibatnya aku pun tak wujud. haa kan tak bes kalau aku tak wujud. mungkin jugak dia masih berambut afro dan berseluar yankee ketat macam dulu -.-'. nooo pliss noooo never2 pliss!

see  kita maybe tatau bila kita nak nampak kesan yang orang cakap 'hikmah' tu. macam ayah aku, bepuluh tahun baru nampak hikmah di sebalik eksiden yang dashat tu. kita pun maybe macam tu, takkan nampak kesan dia sekarang, tapi masa depan nanti, mana tahu Allah akan balas balik dengan benda yang kita sendiri tak pernah terbayang nak dapat.

so untuk aku dan kawan2 yang tak berapa bernasib baik ni, lets just believe in Him. He always knows much much better than us. asalkan kita usaha, tak putus asa, takde sebab nak bersedih sepanjang hidup. sokay cry it out loud and then try to forget. insyaAllah, Hes always with us :)

Wednesday, August 1, 2012

My Little Girl - Maher Zain



sume bapak memang sayang anak dia sangat2 camni ke ha? ye ah zaman sekarang mak yang penat2 ngandung beranak tu pun boleh buang baby dia senang2 je cam buang cawan plastik air lepas minum semasa berjalan2 di pasar malam, ni kan pulak si bapak yang contribute sikit je masa awal2 proses yang sedemikian tu.

lalu selepas 20 tahun berfikir, aku dah fikir satu jawapan.

Kalau Allah dah nak kurniakan rasa sayang tu pada seseorang, takkan ada benda boleh halang n begitu jugak kalau Allah nak tarik balik nikmat kasih sayang tu dari hati seseorang, zero. takkan rasa apa..

aswad's presence in our family proved this :)

kalau boleh tukar lagu ni jadik 'My Little Boy', aku nak dedicate kat aswad. heheh

Monday, July 9, 2012

awek dan motor yang rosak

satu benda paling tak bes bila jadik awek ialah bila kau awek dan motor kau rosak tepi jalan. pastu stat ah blurr tatau nak buat camna dan akhirnya adalah kaum2 tidak sejenis yang buat muka macho nak menolong. n tetiba kau jadik centre of attraction di kalangan kereta2 motor2 yang lalu tepi jalan tersebut. sebagai contoh, kalau ada manusia dalam kete ke motor ke nampak awek dengan motor yang rosak, walaupun awek tu tak cun, mesti dorang cakap 'siannya awek tu. dahlah perempuan, motor rosak pulak.' yaa ini berlaku sebab wanita dikategorikan sebagai makhluk yang lemah dan blurr pasal benda motor engine bagai ni. try la test kat bapak abang adik korang ke, serius dorang ckp cmtu nnt. 


Yamaha aku buat problem pulak harini. aku lah salah sorang awek tu hikhik. ok rasa nak lempang kan

sebenarnya bukan rosak pun. rantai tercabut je pun. gigi sepoket dia dah tak tajam2 n rantai pun loose semacam. aku baru kenal menatang sepoket tu hari ni. dan bila gugel sebenarnya nama dia sprocket. maaf terpronounce melayu habiss

nseb bek bengkel cuma beberapa puluh tapak kaki dari tempat kejadian. dan dengan machonya aku menolak motor tersebut tanpa mengucapkan thankyu kpd abang tadi sebab dia dah merosakkan reputasi abang baik yang ikhlas menolong awek dengan bertanya rumah aku blok mana satu. mungkinkah dia nak datang curik arnab aku??

haa lagi satu benda tak bes bila jadik awek ialah bila kau tengah tunggu motor kau kene operate, n kau takda benda nak buat apatah lagi bila ur phone isnt smartphone android touch2 beri2 bagai yang boleh bukak fesbuk apdet status or twitter untuk bertweet2 keadaan yang sedang berlaku ataupun bermain angry bird.

tapi satu benda yang bes bila kau jadik awek ialah bila kau hantar motor kau pegi workshop n buat muka innocent sikit n abang tersebut terus cas murah. eheh manada tipu je. abang tu dah kenal aku memang la dia kasik murah hikhik tenkiu abang. ill continue to be ur loyal costumer until the end of my yamaha's life

tetiba kann aku rasa sapa yang keje kat workshop ni cool ohh. yelah role dorang cam doktor apaa :p

Saturday, July 7, 2012

ketuaan

betahun tak jumpa sedara mara kat jb tu, tetiba rini kena salam peluk2 laga pipi ngn dorang. dah setel pastu stat ah awkward tatau nak cakap apa. last2 end up melepak basuh pinggan dengan budak2 catering yang entah sesapa jelah depa tu. 

dulu macik2 aku tu awek2 hot. skarang dah kawen dah. pastu badan dorang terus meletup2 macam arnab aku 2 minggu selepas bagi makan tanpa henti. serius dah tak dapat cam dah. pastu yang dulu sama tinggi, sekarang tetiba cam giant and the beanstalk. yang dulu baby kiut2, tetiba jadik budak besar aswad yang kacak. cis hensem gila budak2 pakai baju mlayu lipat lengan smpai siku. macho siot haha

and me? im 20. and im old. nak makan lolipop yg comel2 warna warni tu pun kena marah sbb bajet kiut. stress betul. 

k merajuk babai


Sunday, July 1, 2012

1.7.12

berbulan lamanya tak exercise tak lari tak buat apa2, harini berjaya menyeludupkan diri sendiri pegi climb. tapi taklama pastu tetiba fedap dgn kegagalan memanjat dengan penuh gaya. rasa loser gila manjat sparuh pastu dah main pelangi dengan batu2 tu. lagi loser bila tak larat terus mintak nak turun. haiyaa iqlimaa yu manyak berat wooo 

pastu terfikir bila lagi lah boleh pegi climb. ni pun bleh kluar sbb pg tadi g shalam. pastu tetiba terpaksa create story jumpa Faizah, dia ajak g makan kat putrajaya, pastu g tengok bunga dengan bot warna warni. ahh penipu penipu! bukan dengan faizah je la, ada makhluk lain jugak!

pastu terfikir kalau la tetiba umur tak panjang, mmg ada calon2 anak derhaka ni. nauzubillah

mengenangkan nasib dilahirkan sebagai seorang wanita dan dalam keluarga yang agak baik2, aku rasa besalah pulak dengan diri sendiri, dgn ibu ayah, dengan org2 yang treat aku mcm aku baik sangat.  kalo la ayah aku tau aku g manjat2 dinding macam orang takde keje, mesti dia tanak ngaku anak. kalo dia tau aku salu kuar malam masa kat intec siap lompat2 pagar nak masuk kolej pukul 1 2 pagi, mesti dia boleh kena heartattack. kalau la dia tau macamana aku bekawan dengan bdak2 laki, mmg dia paksa kawen terus kot

n kalau lah dia ada fesbuk, abes la gua kena sepak-sepak sbb gambar macam haramm nampak sangat tak jaga ikhtilat. siap cm bridal photoshoot pon ada.

aku rasa aku belum move forward lagi. benda2 camni pun takleh handle lagi, haihhh susah2.

oww tadi aku faizah dan daddy kitorang gi tengok floria skali. it was supposed to be super awesome but bcos of my eveningsickness i dont feel like enjoying the scenery. ahh bad 

k dah sakit kepala kena tidur sekarang. i wish Spain will win tonight :)